Ekonomi Malaysia dijangka terus tidak menentu – CEO KWSP

Ketidaktentuan ekonomi Malaysia yang dialami kini dijangka berlanjutan sekurang-kurangnya sehingga Oktober ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, perkara tersebut berlaku ekoran daripada sentimen pelabur asing yang begitu berhati-hati dengan keadaan semasa di Malaysia khusus berkaitan polisi ekonomi.

“Untuk jangka masa pendek banyak ketidaktentuan akan berlaku kerana kerajaan masih belum menetapkan bentuk polisi pelaburan atau pemacu pasaran yang mereka mahu laksanakan.

“Saya jangka ketidaktentuan (ekonomi) akan berlaku satu, dua bulan lagi sehingga kita sampai ke pembentangan bajet pada bulan Oktober nanti,” katanya dalam sesi soal jawab di Forum Ekonomi dan Kepemimpinan 2018 di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker