Mana janji nak hapus hutang peneroka Felda, soal Najib

Share


Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan janji Pakatan Harapan untuk menghapuskan hutang peneroka Felda dalam masa 100 hari membentuk kerajaan persekutuan.

“Saya ingin tanya di sini, manifesto PH (HARAPAN) berjanji membatalkan kesemua hutang peneroka dalam tempoh 100 hari.

“Apa akan jadi kepada janji ini?” soalnya dalam ucapan sulungnya sebagai ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

Anggota Parlimen Pekan memabngkitkan perkara berkenaan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Mkini



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *