Manifesto: “Janji” Parti Saja Banyak Terlaksana Ni, “Janji” Rakyat (Kos Turun) Tertangguh Saja

Share


Perlaksanaan janji-janji dalam manifesto pilihanraya pentadbiran “Malaysia Baru” setakat ini, tanpa sedar, sebenarnya lebih menumpu kepada perlaksanaan agenda politik kepartian daripada mengutamakan agenda berkepentingan rakyat seperti yang banyak diperkatakan sepanjang kempen PRU14 yang lepas – itu yang dipersetujui ramai orang seperti dilihat di media sosial.

Penguasaan kaum bukan Melayu di bidang seperti undang-undang umpamanya, dilihat sesetengah pihak sebagai perlaksanaan salah satu agenda parti komponen paling dominan pemerintah kerana semua orang tahu selain parlimen, undang-undang juga boleh “dibentuk” melalui keputusan di Mahkamah atau istilah seperti faham orang – law of the land.

Buktinya, jika semua masih ingat tentang “Malaysia ialah sebuah negara sekular”, kenyataan itu sebenarnya langsung tidak merujuk kepada perlembagaan secara langsung tapi satu keputusan di peringkat Mahkamah Persekutuan.  Lagipun, Perlembagaan adalah naskah untuk ditafsirkan para hakim yang budiman atau mereka yang mahir dengan undang-undang, bukan untuk para undeducated di tepi jalan.

Taklah menghina tapi hakikatnya begitu.

Maka tidak hairanlah dari melaksanakan semua janji manis untuk meringankan beban hidup rakyat dalam 100 hari pertama, kita melihat hari ini yang paling banyak masuk senarai segera untuk dilaksanakan ialah agenda politik kepartian sahaja – seperti perkara berkaitan undang-undang di atas, UEC, cadangan penghapusan SOSMA serta dua ke tiga benda bodoh yang tidak diperlukan rakyat seperti kawad angsa dan pemakaian kasut hitam untuk budak sekolah.

Atau ringkasnya, (janji) tang menyenangkan rakyat – manifesto bukan kitab, (janji) tang menguntungkan perjuangan parti politik tertentu – dah lebih dari kitab pulak nampaknya ya sehingga tak sempat-sempat nak dibuat.

Hakikatnya, semua yang dipersoalkan sekarang ini, takde pun dalam 10 janji untuk 100 hari yang pertama, tapi itu juga yang dulu dikejar untuk dilaksanakan segera.  Ya, kita tahu ada yang disentuh dalam buku manifesto, tapi bukan yang masuk dalam perkara utama.

Sementara janji untuk menurunkan kos sara hidup, harga barang murah, hapus PTPTN, hapus tol, rumah murah, gaji tinggi dan sebagainya yang menjadi tunjang kelentong dalam kempen PRU14 yang lepas, entah hilang ke mana.  Dakwaan berkaitan derma dan wang yang hilang juga semakin tak dengar lagi dah.

Kena ingat ni, 10 janji utama, 100 hari pertama tu, bukan siapa paksa, datang dari mereka sendiri dan mereka juga yang memungkirinya.  Benda lain pulak dia buat dulu.



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *