Apabila ‘sila duduk dan jangan lari’ tidak diendahkan.

Sidang Dewan Rakyat tangguh sebab tidak cukup korum

Sidang Dewan Rakyat yang sepatutnya disambung semula selepas waktu rehat pukul 2.30 petang tadi terpaksa ditangguhkan sebentar kerana tidak cukup korum.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof mengarahkan sidang ditangguhkan selama 10 minit bagi memastikan korum mencukupi selepas Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB-Kapit) memetik Peraturan Mesyuarat berhubung perkara tersebut.

Situasi itu menyebabkan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) secara berseloroh mengingatkan penyokong kerajaan tentang kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak berpuas hati dengan prestasi kehadiran menteri dan timbalan menteri dalam sidang Dewan Rakyat semalam.

“Apalah… baru Perdana Menteri tegur semalam,” katanya.

Sidang Dewan Rakyat disambung semula kira-kira dua minit kemudian setelah kiraan yang dijalankan mendapati sebanyak 35 Ahli Parlimen hadir. – UTUSAN ONLINE

Sementara itu Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina juga menegur ahli parlimen dari kalangan penyokong kerajaan agar “janganlari.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker