PRK Sungai Kandis Tanda Aras Perjuangan Bumiputera dan Islam Pasca PRU-14

oleh Ab Jalil Backer

1. Terima kasih pucuk pimpinan parti yang membawa calon peringkat nasional, Dato Lokman Nor Adam bertanding di DUN Sungai Kandis dan menggunakan logo Barisan Nasional.

2. Pilihan raya ini tidak memberi apa-apa signifikan kepada kerajaan negeri Selangor. Sesiapa kalah atau menang PKR tetap memerintah negeri.

3. Kalah atau menang BN juga Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

4. Pencalonan Lokman Nor Adam ini adalah satu ujian kepada orang Melayu sahaja.

5. Jika undi Melayu banyak ke PKR bermakna mereka merestui segala tindak tanduk kerajaan hari dalam hal-hal membabitkan kepentingan Bumiputera dan agama Islam. Maka sukar untuk UMNO dan Lokman sendiri terus bersuara lantang mempertahankan asas negara Malaysia ini.

6. Orang Melayu dan Islam dalam DUN Sungai Kandis harus membuat keputusan sama ada mereka mahu taksub kepada PKR dan Mahathir membuta tuli;

7. atau memberi isyarat bahawa Melayu tidak rela Pakatan Harapan meruntuhkan kedudukan status quo Bumiputera dan Islam di negara ini yang telah dibina sejak 60 tahun lalu.

8. Hentikanlah beri alasan benci sikap pemimpin UMNO, BN dulu korup dan calon ada cacat cela. Hentikanlah cakap soal sejarah dan persepsi lampau. Ini soal masa depan.

9. Isu di Dun Sungai Kandis ini hanya satu, apakah orang Melayu merelakan semua yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih kuasa?

10. Tidak penting Lokman kalah atau menang. Kita hanya ingin seluruh undi Melayu pergi kepada Lokman supaya DAP tidak menjadi terlalu berkuasa dan bermaharajalela dalam Pakatan.

11. Namun jika ini tidak berlaku maka pengundi Melayu di DUN Sungai Kandislah yang memberi peluang DAP menguasai Pakatan Harapan.

12. Pisau dan mentimun di tangan pengundi Melayu DUN Sungai Kandis! Sejarah akan menghakimi anda.

Related Articles

One Comment

  1. Kehadapan pimpinan kerajaan ph.
    Tahniah di atas kemenangan di PRU14 lalu. Sememangnya keputusan PRU14 baru² ini amat mengejutkan pelbagai pihak terutama pihak kami Barisan Nasional (BN). Walaupun begitu sebagai pihak yang waras dan rasional, kami menerima kehendak dan suara rakyat untuk melakukan perubahan kepimpinan persekutuan buat kali pertamanya biarpun terlalu perit untuk kami menghadapinya.
    Setelah lebih 60 tahun kami menabur jasa memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negara, tidak dinafikan kami juga mempunyai kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Namun kekurangan dan kelemahan ini biarpun kami telah berkali² berusaha untuk memperbaikinya, ianya tidak juga mampu untuk membuka pemikiran rasional rakyat. Akhirnya budi kami selama ini dibalas tuba pada 09/05/2018. Tidak mengapalah, kami akur dengan apa yang diputuskan rakyat dan kini kami menjadi pembangkang bukan sahaja untuk kebanyakan negeri malah turut bergelar pembangkang di peringkat pusat.
    Memikirkan bahawasanya tugas menjadi pembangkang ini bukanlah mudah seperti yang disangka, kami memohon agar pihak kerajaan kiranya sudilah untuk ‘mengajar’ kami bagaimana menjadi ‘pembangkang’ seperti sebelum 09/05/2018. Sesungguhnya kami tidak ‘pandai’ untuk bercakap bohong, memanipulasi isu, mencipta fitnah dan cerita palsu, menyampai maklumat tidak benar dan menyebarkan berita² yang tidak sahih.
    Kami juga bukanlah pihak yang ‘arif’ untuk melakukan demontrasi tunjuk perasaan, melakukan bantahan² dengan disertai perbuatan ganas seperti merosakkan harta awam dan hak milik kerajaan, mengadakan perhimpunan haram sambil melanggar undang², menyalahgunakan kebebasan media dan yang seumpamanya.
    Kami juga tidak memiliki ‘kepakaran’ untuk memaki hamun, mengumpat mencaci, memesongkan pemikiran dan kewarasan rakyat, berjanji kosong, mengkhianati amanah serta berhujah dangkal.
    Kami juga mengakui kami tidak ‘profesional’ dalam hal ehwal membuat kenyataan merapu, mengarut, merepek² dan mempersenda serta mempermainkan sentimen rakyat.
    Sebenarnya terlalu banyak yang kami mohon ‘diajarkan’ oleh pihak kerajaan yang selama ini cukup ‘berpengalaman’ di dalam melakukan perkara² yang telah kami sebutkan di atas tadi dan mungkin ada banyak lagi yang tidak tersebutkan. Ini disebabkan selama lebih 60 tahun, kami hanya tahu untuk menunaikan janji, menggalas amanah, kurangkan bercakap tetapi lebihkan kerja, menjalankan aktiviti² berfaedah dan merangka dasar² yang memberi kebaikan kepada rakyat dan negara. Pendek kata, kami tak pandai membuat perkara² yg pernah dilakukan oleh pihak kerajaan ph sebelum ini.
    Akhir kalam, semoga pihak ph akan mampu melakukan yang terbaik demi masa depan rakyat dan negara tercinta ini. Laksanakanlah amanah rakyat dengan lebih terbaik berbanding rekod lebih 60 tahun kami itu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker