1MDB: Apa Selepas AG Switerland Sahkan Najib Bukan Antara Yg Disiasat?

Berdasarkan kajian ringkas saya, Malaysia mungkin satu-satunya negara dari beberapa negara di dunia yang menyiasat Datuk Seri Najib Tun Razak dalam hal berkaitan 1MDB?

Dari carian di Internet, didapati, tidak ada satu pun dari beberapa negara dimana laporan mengenai 1MDB dibuat, yang menamakan Najib secara rasmi dalam siasatan mereka, hanya negara ini sahaja.  Mungkin sebab semua negara berkenaan rakyatnya yang tidak lah ramai yang uneducated seperti disini, sehinggakan hanya berasaskan janji palsu semata-mata, sanggup tukar kerajaan.

Menariknya, Najib disiasat mengenai 1MDB bila syarikat itu tidak pun membuat laporan kehilangan wang!!  Jika dulu alasannya 1MDB dibawah pentadbiran BN, sekarang dah tukar pentadbiran Pakatan dengan Pengerusi yang baru dilantik pun, laporan yang dimaksudkan masih belum ada.

Tapi di sana sini kita mendengar tentang kononnya duit 1MDB dicuri, anehnya, laporan dari 1MDB sendiri yang mengatakan duitnya hilang dicuri, tidak ada.  Jadi, yang disiasat ni berkenaan apa?  SRC?  SRC bukan lagi sebahagian dari 1MDB sejak 2012!!

Sekarang, bawa pulak Peguam Negara Switzerland ke sini, hanya untuk mengesahkan lagi bahawa Najib bukan antara individu yang disiasat – lagilah cerita ini menjadi bertambah lucu.

Lebih kurang ceritanya polan A bawak polan B dari jauh semata-mata untuk “mengenakan” polan C, datang polan B, sahkan bahawa polan C bukan antara yang disiasat.

Persoalannya sekarang, apa selepas ini?

Related Articles

3 Comments

  1. Faiz, jadilah orang bijak sikit. Tak cukup setakat mengaku buat ‘kajian ringkas’ pastu tanya ‘apa selepas ini’.

    AG Switzerland tak sebut nama Najib sebab tidak terkait dgn akaun2 yg mengusung wang haram 1MDB yg berkaitan dgn sistem perbankan dema. Contohnya: Akaun A >> Akaun B >> Akaun C >> Akaun D >> Akaun Tanore. AG Switzerland tahu Akaun A ialah kepunyaan 1MDB yg hantar wang kepada Akaun B yg kemudiannya berlegar antara C dan D yg ada di sana sebelum dihantar kepada Akaun Tanore. Dia tak akan sesuka hati cakap Tanore pula hantar ke Akaun Najib sebab Tanore berada di British Virgin Island, bukan dibawah liputan kuasanya.

    Kehilangan wang 1MDB bukan dongeng sebab hanyut merata negara. Kalau cerita dongeng kenapa US, UK, Switzerland, UAE, Luxenbourg, Australia, Hong Kong, Thailand dan Singapore buang masa dan tenaga nak siasat. Kenapa duta US dan UK nak dermakan duit dema sendiri atas nama wang 1MDB yg hanyut ke sana? Tak ke bodoh kerja tu? Pastu charge 25 – 30% dari amaun tu pulak sebagai upah siasatan.

    Faiz cakap lagi: ‘laporan dari 1MDB sendiri yang mengatakan duitnya hilang dicuri, tidak ada’. Pencuri mana nak mengaku dia mencuri. Kalau nak sorok lagi memang tak hairanlah… Najib pun bijak macam 1MDB jugak, hingga sain check pun tak tau utk apa. Siap tuduh pegawai 1MDB pulak yg seleweng di luar pengetahuannya. Ini bukan kes sekeping dua check atau setahun dua punya projek ler…

    Belajar jadi pandai le sikit Faiz kalau nak cari makan cara ni… Pi belajar dgn RPK kalau boleh. Setakat menyondol dedak di lantai memang tak berbaloi sedangkan Najib dan orang2 yg kamu nak sokong dan bela ni termasuk dalam multi-milyonair jika tidak bilyonair. Profession dema pun politikus lanun, Memartabatkan agama bangsa dan negara hanyalah topeng utk peralatkan bangsat UMNO utk terus menyokong dan mengampu dema.

    1. berani ke siasat kekayaan mahathir dan anak beranak, daim, rafidah…..datang dari mana kekayaan mereka….???
      7 keturunan makan tak abis…
      berani ke siasat bungalow Lim guan eng lepas ni…???

      umpama teko mengata cerek hitam kan….?????

  2. ramai yang bijak tak tahu maksud tak disiasat? tetapi pandai pandai tuduh orang tak belajar jadi pandai …. kan senang swiss AG tu kata najib bersalah dari tak disiasat….. siapa yang tak pandai ni … yang dituduh atau yang kena tuduh … atau yang pandai pandai tuduh orang … kes pun tak berjalan lagi dimakamah .. ! dah buat teory sendiri … siapa yang AG ni … ?

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker