“Mungkir” Benda Lainlah, Bukan Hal Berkait Kos Sara Hidup Rakyat

Share


Penyokong kerajaan memanggilnya sebagai “janji yang tidak ditunaikan”.  Terbaru ini ada pula mengatakan “manifesto bukan kitab (bible)”.  Mana-mana pun membawa maksud yang samalah di akhirnya iaitu apa pun gebang dalam kempen PRU14 dulu kononnya dengan memilih mereka akan menjadikan hidup rakyat senang, hanyalah tinggal impian dan harapan – tak jadi kenyataan.

Bagi penyokong BN di media sosial pula, ini bukan lagi sekadar 2 yang di atas, ini sudah satu bentuk penipuan, scam.  Kata mereka, takde beza pun yang ini dengan janji skim cepat kaya yang melambak dalam pasaran sekarang, semua pun menjanjikan kehidupan yang lebih baik, senang.  Tinggal lagi penganjur skim cepat kaya boleh masuk penjara, tapi tipu rakyat dalam pilihanraya, tak kena apa-apa!!

Macam tak betul ni.

Bercakap tentang ini, saya, mewakili kelompok pengundi muda yang mengundi buat pertama kali dalam PRU14 yang lepas.  Harapan saya sama macam anak muda ini juga, mahu kehidupan yang lebih selesa dan baik.  Anak muda percaya Pakatan mampu membuat perubahan, BN tidaklah menyusahkan sangat tapi berdasarkan ceramah dan manifesto, nampak Pakatan lebih baik.

Yang marahkan Najib pun mengundi Pakatan sebab mereka diberitahu kos sara hidup yang melambung sebelum PRU14 yang lepas, puncanya adalah dari Najib. Kos sara hidup juga isunya.  Tangguh bayar PTPTN adalah satu lagi tarikan anak muda yang educated untuk mengundi Pakatan.

Diakhirnya, Pakatan menang dan Najib tumbang.

Tapi saya tidak nampak apa yang berubah sejak kemenangan itu malah awal-awal lagi gambaran sudah diberikan bahawa semua janji-janji dalam manifesto, termasuk 10 yang pertama (hampir kesemuanya menyentuh kos sara hidup rakyat) tidak akan dilaksanakan segera (100 hari pertama).

Bagaimana harga barang nak turun kalau “strategi” Pakatan untuk menurunkan harga barang seperti dinyatakan dalam manifesto – seterusnya menjadikan mereka lebih baik dari BN, tidak dilaksanakan?  Pengurangan GST kepada 0% tidak membawa banyak perubahan besar kerana GST hanya menyentuh barangan yang majoriti besarnya bukan keperluan.

Keseluruhannya, melainkan 2 bulan 0% GST ini, tidak ada perubahan langsung dari segi kos sara hidup rakyat.  Malah boleh dikatakan, banyak barang termasuk barang keperluan yang memang tidak dikenakan GST, naik harganya.  Ikan yang berjumlah berbillion dalam laut seperti kiraan Menteri Poseidon, tidak menurun sedikit pun harganya.

Apa yang boleh rakyat lakukan dalam keadaan sekarang?  Janji beri, undi beri, bila dah dapat, apa pun tak terlaksana lagi?  Kita faham tak semua orang sempurna tapi janganlah mungkir (menipu?) tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan perut dan hidup rakyat.

Oh ya, cakap pasal educated tadi, tak educated jugaklah nampaknya ya.



3 thoughts on ““Mungkir” Benda Lainlah, Bukan Hal Berkait Kos Sara Hidup Rakyat

  • July 18, 2018 at 3:28 pm
    Permalink

    Mendapat sesuatu pekara dengan cara MENiPU orangramai ingat boleh bawa berkat ke..? Dia ingat dia pandai kelentong dapatlah KUASA tu. Mana orang yang menipu hidup senang. Ada..? Semua orang benci pada penipu. Nabi SAW sabda..’ Ummatku mungkin berzina dan mungkin minum arak, tapi tak mungkin menipu’..Kita tunggu dan lihat dalam masa terdekat ni apa yang terjadi. Berantakan lah antara mereka.. Ni DOA aku.

    Reply
  • July 18, 2018 at 4:16 pm
    Permalink

    Menyamun merompak mencuri harta rakyat ok. Menipu lagi SALAH BESAR kan? Hang kanyiaq lagi Faiz…

    Assalamualaikum zack300,
    tolong bagitau kat kitab mana kamu dapat ‘Nabi SAW sabda..’ Ummatku mungkin berzina dan mungkin minum arak, tapi tak mungkin menipu’ ‘. Aku mengaku aku ni jahil sikit dalam bidang Sunnah Nabi ni, mungkin juga terlupa. Maklumlah dah tua, cucu pun dah nak masuk 10. Tapi aku rasa belum lewat lagi nak belajar walau sepotong ayat atau selembar hadith pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *