Menteri Kewangan perlu jelaskan SST, bukan pembangkang

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta membuat penjelasan mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), bukannya membuat kenyataan meminta pembangkang dan Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bagaimana cukai itu membebankan rakyat.

Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil berkata, Menteri Kewangan seharusnya tidak lari daripada tanggungjawab, takut dan lepas tangan dalam memberikan penerangan yang jelas mengenai perbezaan kedua-dua cukai berkenaan.

Katanya, kenyataan Menteri Kewangan dan kerajaan berhubung isu itu adalah suatu tindakan dan cubaan melepas tangan dan lari dari tanggungjawab.

“Sepatutnya kerajaan dan Menteri Kewangan yang perlu menjelaskan berkenaan SST kerana ia adalah dasar mereka dan bukannya pihak pembangkang.

“Menteri Kewangan dan kerajaan perlu menjelaskan bagaimana SST sebanyak 10 peratus untuk barangan dan enam peratus untuk perkhidmatan yang baru diperkenalkan oleh kerajaan ini memberi impak kepada kenaikan kos sara hidup rakyat dan ketirisan kutipan cukai kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Guan Eng malam tadi yang meminta UMNO dan Najib menjelaskan bagaimana SST membebankan rakyat berbanding pelaksanaan GST apabila SST hanya menjana pendapatan RM21 bilion berbanding RM44 bilion dikutip GST.

Guan Eng dalam kenyataannya turut menyatakan kenyataan yang disebarkan UMNO bahawa SST membebankan berbanding GST adalah tidak masuk akal dan mengelirukan

BH

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker