Penceramah Agama Disekat, Penyebar Liberal Dapat Tempat

Sedih juga mendengar kenyataan seorang penceramah agama bebas semalam yang mendakwa terpaksa menutup Pusat Tahfiz kendaliannya kerana masalah kewangan berikutan dihalang dari berceramah oleh pentadbiran sekarang – tak pasti pulak pentadbiran negeri atau negara yang menghalang ceramahnya ini.

Tapi kalau ikut kenyataannya tu, disekatlah isunya sekarang.

Pusat tahfiz itu difahamkan dibiayai hasil dari sumbangan yang diterima penceramah berkenaan ketika berkongsi ilmunya dengan masyarakat Islam di seluruh negara.

Dalam masa yang sama, kita juga tahu, ada pendukung liberal pulak diberi ruang untuk menyebarkan keliberalannya dalam media-media arus perdana tanpa sebarang sekatan dan seperti itu.

Macam ada yang tidak kena disini.

Tak sepatutnyalah berlaku perkara seperti ini dalam negara yang menjadikan Islam sebagai agama Persekutuan.  Banyak disebut tentang kebebasan bersuara tapi dalam hal bersuara berkaitan Islam dikalangan masyarakat, disekat dan semacam itu.

Penceramah agama semacam ini seharusnya dibenarkan menyampaikan ilmunya kepada masyarakat, atau masyarakat sendiri harus diberikan kebebasan untuk mendengar ceramah agama dari siapa juga yang mereka mahu.

Jika penceramah ini melanggar peraturan, tunjukkan dimana peraturan yang dilanggar itu dan tindakan yang sewajarnya perlulah dikenakan ke atas mereka, macam itu baru betul.

Bukan semata-mata kerana mereka menyampaikan ceramah yang mungkin tidak selari dengan pendirian pihak-pihak tertentu atau menjadi ahli parti politik pembangkang dan kerana itu mereka disekat dari menyampaikan pandangan?

Keadaan ini tidak berlaku dalam pentadbiran sebelumnya (yang seringkali dituduh menyekat kebebasan bersuara), takkan boleh berlaku dalam pentadbiran sekarang kot?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker