Lance koperal tembak mati isteri

Motif suspek menembak isterinya masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Lance koperal tembak mati isteri

KANGAR: Seorang anggota polis berpangkat lans koperal menembak mati isterinya di Kampung Bendang Baru, Simpang Empat pagi tadi.

Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang dipercayai abang ipar suspek, bahawa berlaku tembakan di rumah suspek.

“Apabila tiba di tempat kejadian kira-kira pada 8 pagi, anggota yang bertugas cuba berhubung dengan suspek namun gagal, menyebabkan polis membuat serbuan ke rumah tersebut 9 pagi,” katanya.

Yusharifuddin berkata pihaknya berjaya menahan suspek dan juga merampas senjata api yang digunakan.

“Ketika ditahan, suspek berada dalam bilik tidur utama bersama mayat isterinya berumur 26 tahun.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa mangsa mengalami kecederaan pada mata kiri akibat tembakan, dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Yusharifuddin berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk dibedah siasat.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis akan mendapat perintah reman esok.

“Kita masih lagi menyiasat motif kejadian,” katanya. FMT

Lance koperal tembak mati isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama

Fizz Fairuz kena sembur dengan Along

Kena scam RM1575 untuk screen protector di Petaling Street

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker