UEC: Pertahan pendidikan nasional bukan bangsa – Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO membantah pengiktirafan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang bersifat perkauman sekali gus meruntuhkan usaha dalam membina negara bangsa.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, segala keputusan yang dibuat berhubung perkara tersebut perlu dilihat dalam konteks lebih luas serta kepentingan pengiktirafan UEC dalam hal-hal kenegaraan.

Katanya, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sendiri selalu memberikan ulasan mengingatkan mengutamakan bangsa terlebih dahulu berbanding bangsa, justeru itu merupakan satu gambaran jelas mengapa UEC tidak perlu diiktiraf.

“Kita harus mempertahankan sistem bersifat nasional, bukan bangsa. Kalau dibenarkan ruang-ruang berasaskan kaum atau bangsa, kita tidak akan dapat wujudkan negara bangsa yang dihasratkan.

“Kami Pemuda UMNO tidak bersetuju dengan pengiktirafan sijil selain yang ada di negara ini. Tidak boleh ada dua atau tiga sistem pengiktirafan, kalau tidak gagal bina identiti negara yang padu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pemuda UMNO selepas Pemilihan UMNO 2018 lalu di Menara Dato’ Onn di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker