Jika Takde Unsur “Politik”, Kenapa Ada Akaun Derma Ikat Jamin Dibekukan?

Kata culai-culai KERA di media sosial dan alam nyata (dirangkumkan semua sekali), tiada unsur politik dalam tindakan yang dikenakan ke atas Perdana Menteri ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak.  Semuanya mengikut undang-undang kata mereka (jawapan yang juga dirangkumkan semua sekali).

Saya guna ayat dirangkumkan semua sekali ni sebab kalau dipecah satu persatu, ada macam-macam alasan tak munasabah disebutkan, termasuk antaranya – TAK TAHU.

Ada seorang tu pulak (dia sendiri pun dituduh rasuah), buat kenyataan sanggup membela Najib jika ada bukti tindakan yang dikenakan ke atas beliau sekarang ini, ada unsur politik di dalamnya.

Bukti ya.

Tapi sementara kita menghormati undang-undang, rakyat melihat seakan ada yang tidak kena bila satu dua usaha untuk membayar baki ikat jamin Najib sebanyak RM 500,000 yang sepatutnya dijelaskan hari ini dengan mengadakan akaun-akaun tertentu, digagalkan dengan tindakan pembekuan akaun!!

Seperti yang berlaku kepada tabung di wujudkan UMNO Pekan semalam.

Tak lama sebelum ini, akaun anak Najib pun dibekukan sama setelah selesai membayar separuh jaminan berjumlah RM 500,000 untuk bapanya (rujuk posting di akaun FB nya).  Ikut sekali beku ialah akaun anaknya berusia 10 bulan yang didaftarkan di atas namanya.

Sampaikan ada orang takut nak guna pindahan wang secara elektronik, terpaksa mencapak kaki ke mesin deposit (CDM) untuk memberikan sumbangan kepada Najib kerana bimbang nanti akaun mereka juga akan dibekukan kalau transaksi itu dikesan!!  Takde kes yang berlaku lagilah, kebimbangan saja pun yang disebutkan ni.

Ini realiti yang sedang berlaku di bawah dari maklum balas yang saya lihat di media sosial.

Maka itu rakyat seperti saya suka nak mendengar penjelasan dari pihak yang berkenaan tentang semua ini.  Saya tak jangka akan ada “pengakuan bersalah” tapi sekurang-kurangnya satu alasan yang munasabah dan boleh diterima akal sikit   Imej kerajaan pun akan bertambah baik kalau penjelasan yang munasabah dapat diberikan.

Walaupun mungkin tidak ada keperluan undang-undang untuk menjelaskan tapi tak salah pun kalau diberikan penjelasan itu kepada rakyat.  Bukan mintak banyak pun, mintak penjelasan saja, takkan itu pun tak boleh?

Malaysia baru kan kata?  Kalau semua pakat sorok, tu bukan Malaysia baru tapi Malaysia purba!!

 

Related Articles

2 Comments

  1. Xde bukti.takutla tu.nanti kalau settle awal xde modal utk pilihanraya akan datang.xde isu nak di spinkan. Kera jaan pembangkang yg melawan pihak pembangkang.katun betul.penyokog pH pun katu x ingat

  2. Otak kamu singakt le Faiz. Kalau Najib difitnah menyamun harta rakyat dan negara hingga berpuluh billion, apa kejadahnya nak sekat BAKI wang jamin setengah juta tu.

    Tapi Najib hebat, seronok nak saman penjawat awam seperti TT, Shukri dan Singh is King. Pasni jangan lupa saman Pengerusi SPR (yg dah letak jawatan tu). Saman jugak bekas KP ROS (ala… pompuan yg tak haramkan PPBM dari bertanding di PRU tu). Mintak Rosmah pulak saman drebar PMO yg kantoikan gudang simpan beg tangan dan barang kemas dia hingga dirampas polis.

    Rasanya banyak lagi penjawat awam yg gagal menangkan Najib. Kalau suka Najib juga boleh saman KJ sebab tak bagi nasihat yg bernas dekat dia. Nak bagi mantap lagi saman juga Sarawak Report, WSJ dan banyak lagi media antarabangsa yg dok fitnah dia sejak tiga empat tahun yg lalu. Inilah masa Najib nak bersihkan diri dia dari fitnah dan tohmah keliling pinggang.

    Najib bodoh. Masa jadi PM tak mau pulak bersihkan diri dia hingga maruah diri dia surut ke tapak kaki. Maruah bangsa dan negara memang dia tak peduli dah…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker