Tarif Elektrik Naik – Hasil Bila Uneducated “Memilih”….

PENULIS mula yakin bahawa golongan uneducated terlalu ramai di negara kita yang dikatakan sebelum ini, ialah mereka yang membuat pilihan salah dalam PRU14 yang lepas sehingga tarif elektrik di negara kita baru-baru ini diumumkan naik .  Memang mereka itulah, percaya sangat janji tak masuk akal dan ternyata bila dah dapat, apa benda pun dia tak buat.

Yang tak dijanjikan pulak yang dibuat dulu.

Sebab hanya orang uneducated saja yang percaya kenaikan tarif elektrik kepada pengguna komersial, tidak akan menjejaskan kos sara hidup dan harga barangan, perkhidmatan.  Dengan semua orang bekerja pada hari ini, macam mana nak mengelak dari makan di premis perniagaan yang rata-rata menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk beroperasi?

Baru bab makan.

Kilang-kilang yang mengeluarkan barangan, hotel atau apa jenis perniagaan yang memberikan perkhidmatan, semua ini menggunakan elektrik.  Dengan bagaimana kenaikan tarif tidak akan meningkatkan kos mereka dan memindahkan kos itu kepada pengguna – kita, aku, engkau, kamu, semuanyalah?

Pun bukan pengguna domestik tak kena langsung dengan kenaikan terbaru, kena juga sebab dah diumumkan selain pengguna komersil, pengguna domestik yang guna tenaga atas 300 kWj sebulan turut dapat kesan.  Rumah hari ini hampir semua mempunyai penyaman udara, separuh darinya ada lebih dari satu, confirmlah ramai yang akan terjejas dengan kenaikan baru-baru ini.  Kalau tak pasal aircond, gajet pun dah berlambak lambak sekarang untuk dicaj.

BN dulu dah janji dah, kalau menang tarif akan hanya dinaikkan pada tahun 2020 – itu kalau naik.  Dulu bila KWSP dan UEM mengambil alih PLUS pada tahun 2010, dikatakan kadar tol akan dinaikkan hanya pada tahun 2015 tapi dah 3 tahun, tol, tak naik juga, dihapuskan dibeberapa tempat lagi ada.  Pengambilalihan beberapa syarikat IPP oleh 1MDB, membolehkan tarif itu dikekalkan untuk semua rakyat menikmatinya tapi sebab uneducated memilih, inilah yang mendapatnya.

Ini BN, janji naik tapi tak naik, ada sejarah dan rekodnya.  Yang la ni, janji pilihanraya dahlah tak laksanakan, yang dia tak janji pulak dibuatkan dulu.  Tak rasa kena bodoh ke?

Kalau pun alasannya kenaikan terbaru itu adalah keputusan kerajaan dulu seperti yang banyak dijadikan modal terdesak oleh para penyiokong kerajaan di media sosial hari ini (yang mana tak betul), apa masalahnya pulak untuk kerajaan hari ini mengubahnya?  Aii, bantuan nelayan boleh tarik, bonus kakitangan awam boleh kurang kepada RM 400 (tak semua dapat pulak tu) walaupun kerajaan dulu dah tetap lain dan sebagainya, boleh, kenapa dalam bab tarif elektrik tak boleh pulak?

Inilah pada bila menyerahkan kepada para uneducated ini untuk memilih.  Dengan kita-kita yang ada otak ini pun menerima kesannya sekali.

Related Articles

2 Comments

  1. Orang tua tua dulu cakap..”Bila dengar guruh di langit, air di tempayan jangan dicurahkan..”..atau Al Quran dgn jelas menyabutkan..lebih kurang maksudnya..” Jika seseorang yg fasik membawa berita hendak lah diselidik terlebih dahulu…” Tak boleh buat apa dah…seru je yg uneducated tu perbetulkan…kerana mereka terlampau pandai dan terlebih lebih bijak…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker