Mahathir Sekali Lagi Mencabul Sistem Perundangan Negara

Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Ketujuh Malaysia, mengulangi perangai Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Keempat, dengan mencemari sistem keadilan negara dalam usaha mencapai matlamat politik beliau.

Sebaik memegang jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh beliau telah melantik satu “unlawful task Force” membabitkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, bekas Timbalan Persuruhjaya SPRM, Datuk Shukri Abdul, dan bekas Ketua Pengarah Cawangan Khas PDRM, Dato Hamid Bador, bagi mendakwa bekas Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak.

Ketiga-tiga mereka bermusuh dengan Mohd Najib Razak kerana dikatakan merancang menjatuhkan kerajaan pimpinan Mohd Najib Razak pada tahun 2015. Mereka semua dibersara awal dari jawatan masing-masing ketika Najib Razak mengesan tindakan tersebut.

Keanggotaan terdiri dari mereka yang mempunyai dendam dan kepentingan terhadap subjek yang dituduh merupakan satu pencabulan keadilan yang tidak mungkin berlaku di mana-mana negara maju dan demokrasi. Pasukan penyiasat tidak seharusnya ada “mala fide” terhadap orang kena siasat.

Namun Mahathir bertindak bertentangan dengan keluhuran undang-undang dan keadilan dalam Islam sendiri. Beliau perlu memastikan musuh politiknya merengkok dalam penjara “by hook or by crook”.

Tindakan Pasukan Petugas Khas mengeluarkan arahan menangkap dan mendakwa bekas Perdana Menteri Mohd Najib Razak ini merupakan satu jenaka terbaharu perundangan negara di bawah Mahathir.

Bukan sahaja arahan tersebut tidak memenuhi kehendak sistem keadilan negara, malah penubuhan “task force” siasatan ini tidak sah. Ini kerana ia tidak mempunyai kuasa penyiasatan dalam sistem perundangan negara.

Pada tahun 1988 ketua Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dipecat oleh tribunal yang dipengerusikan oleh bakal penggantinya, Tun Hamid Omar. Lima Hakim Mahkamah Agung yang menggantung tindakan tribunal telah berhadapan tindakan tatatertib. Tiga daripadanya dipecat. Tun Hamid Omar kemudiannya dilantik menjadi Ketua Hakim Negara.

Sejak peristiwa itu Mahathir telah menjadikan badan kehakiman negara sebagai pariah dalam negara-negara komenwel.

Pada 1998, Pendakwaraya Abdul Ghani Patail dipertanggungjawab mendakwa dan memastikan Anwar Ibrahim bersalah. Pada 2002, Mahathir menamatkan khidmat Peguam Negara Datuk Seri Ainum Mohd Saaid walaupun baharu setahun memegang jawatan, bagi memberi laluan kepada sekutu kuat beliau Ghani Patail dilantik sebagai Peguam Negara.

Pada 2018, sekali lagi beliau melantik sekutu-sekutu kuat beliau untuk menyiasat musuh politiknya.

Dalam hidup Mahathir tiada keadilan dan keluhuran undang-undang. Yang ada hanyalah nafsu untuk memberitahu dunia beliau sahaja betul.

Mahathir tetap mahathir sama ada ketika menjadi Perdana Menteri keempat atau ketujuh. Mahathir jika berkuasa, beliaulah undang-undang dan kitab tertinggi negara.-MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker