Belum Beberapa Hari, Ada Dah Goyang Zahid Menang?

KHABAR Presiden baru UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi akan disiasat pihak berkuasa berhubung penglibatan beliau dalam sebuah Yayasan yang mengkhusus kepada anak-anak tahfiz, adalah bukti bahawa pemilihan beliau untuk menerajui UMNO kelmarin sudah pun memberi kesan yang agak besar kepada sesetengah pihak yang mana membuat laporan tersebut.

Semalam, pemimpin parti PAN juga ternampak cuak bila menyifatkan kemenangan Zahid tidak menunjukkan perubahan yang sebenar dalam UMNO – macamlah dia layak nak bercakap bagi pihak ahli-ahli UMNO.  Tapi apa sekalipun, ternampak cuaklah isunya disitu.  Yang janji-janji pilihanraya semua tak dilaksanakan dia taknak komen, bab dalaman UMNO pulak dia nak menyibuk.

Semua ini secara langsung dan tidaknya, membuktikan Zahid memang ada kelebihan sendiri sehingga tak sempat-sempat nak meraikan kemenangan sebagai Presiden UMNO, dah ada yang mahu melihat beliau disiasat dan sebagainya.

Zahid dalam sidang media semalam bagaimanapun mengesahkan bahawa beliau akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan tersebut.

Menariknya, angin bahawa Zahid akan disiasat ini sudah pun keluar beberapa hari sebelum pemilihan dibuat tapi waktu itu nama Zahid belum lagi disebut.  Hanya setelah disahkan Zahid menjadi Presiden UMNO yang ke-8, barulah nama beliau pun muncul secara rasmi di media-media tertentu.

Cantik kan?  Macam diatur-atur pulak.  Gamaknya kalau orang lain yang menang, orang lain itu pulaklah yang akan kena agaknya.

Begitupun, melihat dari apa yang dibualkan di media sosial, besar kemungkinan ada pihak dalaman sendiri yang yang terlibat bagi menjejaskan peluang Zahid untuk dipilih sebagai Presiden UMNO, tidak ada pembabitan pihak luar. Pihak berkuasa yang berkenaan pula hanya menjalankan tugas mengikut undang-undang sahaja.

Jika ini benar, ramai berharap dibawah kepimpinan Zahid, amalan menjatuhkan pemimpin yang semacam ini akan dapat dihapuskan kerana jika ia berterusan, tidak akan menyumbang kepada usaha UMNO untuk membuat perubahan dalam parti dan lebih penting lagi, negara.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker