Zahid tolak pelawaan masuk PPBM.

oleh Ab Jalil Backer

“Saya tidak redha UMNO dibubarkan untuk memenuhi cita-cita politik seseorang” – Ahmad Zahid Hamidi

Seingat saya, Ahmad Zahid satu-satu Ketua Pemuda UMNO yang pernah berucap mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Ucapan tersebut dibuat ketika Mahathir masih Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Ahmad Zahid juga tidak pernah meninggalkan parti walau terbuang dari jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 1998 dan ditangkap di bawah ISA oleh Mahathir kerana dianggap orang Anwar.

Ketika ramai kawan-kawan beliau keluar parti untuk bersama Anwar Ibrahim, beliau kekal dalam UMNO biar terbuang dan tersisih.

Beliau bersahabat dengan ramai orang termasuk Mahathir, Anwar, Najib dan Pak Lah. Namun kesetiaannya sehingga hari ini hanya kepada UMNO.

Musuh politik beliau akan membuat pelbagai tuduhan, hakikatnya bumi mana tidak ditimpa hujan, ahli politik mana yang sempurna?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.