UMNO Masih Parti Melayu Islam Terbesar

oleh Ab Jalil Backer

Keputusan parti-parti komponen Sarawak keluar dari Barisan Nasional sudah dijangka. Mereka perlu memikirkan kepentingan Sarawak dan hubungan dengan Persekutuan.

Mereka mungkin mengambil iktibar apa yang berlaku kepada Kelantan ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Keempat. Sekarang beliau Perdana Menteri ke 7.

Selain itu, sejak sebulan lalu saya ada berbincang dengan sahabat-sahabat dari Sarawak, dan kesimpulan kami ialah, PBB perlu keluar dari BN dan menjadi bebas yang rapat dengan kerajaan Persekutuan, hatta menyertai Pakatan Harapan pun.

Ada sebab yang tidak dapat saya tulis kepada umum. Namun saya percaya keputusan PBB adalah terbaik untuk negeri Sarawak buat masa ini.

Masa depan BN tidak akan ditentukan dalam sehari dua ini. Usah gundah gulana dengan perkembangan ini. Politik adalah sesuatu dinamik, Pilihan raya lima tahun lagi.

Buat masa sekarang adalah penting mengukuhkan UMNO terlebih dahulu.

Apa pun ejekan dan cemuhan media sosial, UMNO masih merupakan parti Melayu Islam terbesar sama ada dari segi penguasaan kerusi Parlimen mahu pun organisasi.

Atas runtuhan kota Barisan Nasional ini akan kita bina negara baharu suatu ketika nanti.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker