Tol: Apa Yang Percuma?

PENYOKONG kerajaan di media sosial semalam meriah dengan tajuk berita “tiada tol KL-Seremban & Lebuhraya Salak bermula 1 Jun”.  Konon ini bukti janji ditepati (penghapusan kutipan tol adalah antara janji Pakatan dalam kempen PRU14 yang lepas).

Penulis tak pasti bagaimana keadaannya di Lebuhraya Salak (kat mana letaknya ya?) tapi hasil dari respon kawan-kawan yang biasa menggunakan laluan lebuhraya Kl-Seremban, tol masih dibayar seperti biasa.  Mana ada percuma?

Jadi amat memalukanlah bagi kelompok ini.  Sudah jadi penyokong kerajaan pun masih beriman dengan berita tak benar atau separuh benar seperti mana semasa menjadi penyokong pembangkang dulu.

Begitupun untuk berlaku adil, ada satu laporan yang mengatakan memang terdapat pengurangan hampir 50% antara laluan Sungai Besi – UPM, tapi tak pastilah sejauh mana kebenarannya.  Yang pentingnya, bukanlah “tiada tol” seperti yang dihebohkan para penyokong kerajaan di media sosial semalam.

Lagipun bukankah baru semalam Pakatan umum semua janji 100 hari itu terpaksa ditangguhkan SEMUANYA.  Ingat penangguhan bayar hutang PTPTN saja yang ditangguhkan, apa dengan semua sekali janji 10 itupun ditangguhkan sama. Takkanlah penghapusan tol – yang tak masuk pun dalam 10 janji 100 hari pertama tu, dah dilaksanakan kot?

Apa pun, jika benar percuma nak hairan apa?  Pentadbiran yang sebelum ini pun dah menghapuskan begitu banyak kutipan di plaza-plaza tol tertentu.  Antaranya tol Batu Tiga, EDL Bukit Kayu Hitam dan sebagainya, tapi rakyat di kawasan berkenaan masih memilih parti berlawanan juga.

 

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.