Tangguh Pemilihan Untuk Tujuan Baik, Tak Salah

PENULIS tak nampak salahnya dimana keputusan kepimpinan UMNO pada tahun 2015 untuk menangguhkan pemilihan parti, sehingga menjadi agenda untuk diubah oleh antaranya calon Presiden UMNO tertentu dalam pemilihan akan datang.  Tujuannya kan (penangguhan pemilihan) untuk mengelak perpecahan dalam parti dan dalam masa yang sama bersedia untuk menghadapi pilihanraya, apa yang salah tentang itu?

Kita dah tengok dah apa jadi bila UMNO berpecah dulu.  Itu nasib baik parti-parti komponen yang lain masa itu kuat, bolehlah selamat, bandingkan dengan sekarang?

Mungkinlah salah satu punca kemorosotan sokongan dalam PRU14 yang le[as adalah kerana kepimpinan dibahagian akar umbi sudah tidak lagi mendapat sokongan ahli – seperti yang diperkatakan, tapi kita semua tahu itu bukanlah masalah yang terbesar pun.

Kalau nak dikatakan parti-parti komponen tertentu yang gagal menunjukkan prestasi baik dalam kempen yang lepas pun sebenarnya, lebih tepat lagi berbanding penangguhan dalam pemilihan UMNO – kalau nak dibandingkanlah.

Tapi ini bukan masa untuk salah menyalah sebaliknya menyediakan UMNO untuk menghadapi PRU15 akan datang yang mungkin diadakan lebih awal daripada yang sepatutnya.

Sekalipun menang, gelora dalam parti-parti lawan begitu hebat sekali sehinggakan nak mengadakan senarai kabinet penuh pun masih tidak mampu lagi.  UMNO dan siapa pun bakal Presiden yang akan dipilih nanti, harus memberikan perhatian kepada perkara seperti ini, bukan sibuk mencari siapa untuk dipersalahkan.

Bercakap tentang ini, sudah tentulah penulis tertarik dengan calon Presiden Datuk Seri Ahmad Zahidi.  Beliau sahaja nampaknya sekarang ini yang melihat ke depan untuk mengukuhkan parti selepas kemerosotan sokongan dalam PRU14 yang lepas.  Yang lain tu (kecuali seorang), bukan kata tak bagus, tapi belum nampak apa lagi.

Apa dah jadi, jadilah, Nabi Muhammad saw pun pernah kalah perang, itu Nabi, UMNO apa sangat.  Tapi bukan maksud dah kalah,. dibiarkan terus kalah, mesti ada usaha untuk memulihkan parti dan seterusnya mencapai kembali zaman kegemilangan.  Lagipun, selain tampuk kepimpinan negara yang bertukar dan lambang 1Malaysia yang diturunkan,  takde apa lain yang berubah sangat.

Kos sara hidup masih sama malah mungkin lebih tinggi selepas SST10% dikenakan, semua projek dengan China yang dikatakan dulu menjual kedaulatan negara, masih ada, Menara TRX masih kukuh dan utuh walaupun dulu kata nak dibatalkan, MRT 2 dan sebagainya.

Jadi, semua projek ini akan terus mengingatkan rakyat kepada jasa UMNO, maka itu penting UMNO memandang ke depan dan mengelak dari mencari salah orang.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.