Selepas 34 Hari, Sudah Selamatkah Malaysia?

Hari ini 13 Jun, hari Rabu. Sudah 5 kali Rabu berlalu sejak rakyat Malaysia buat keputusan yang salah sejak 9 Mei lepas. Kesalahan yang terpaksa ditanggung selama 5 tahun lagi.

Kesalahan yang terpaksa ditanggung oleh anak cucu. Kesalahan yang menyebabkan ribuan orang dibuang kerja. Kesalahan yang menyebabkan berpuluh ribu keluarga ditutup periuk nasinya. Kesalahan yang sebabkan bonus terkurang RM100.

Kesalahan yang sebabkan harga barang terus naik dan mahal. Harga ayam, ikan dan daging terus naik menjelang raya. Kesalahan yang menyebabkan rakyat menjadi bodoh kerana menanggung jammed di lebuhraya berjam jam kerana hendak 50% sahaja potongan tol percuma sedangkan BN sudah tawarkan 5 hari tol percuma.

Hendak buat macam mana, rakyat Malaysia memang mudah sangat kena tipu. Kena tipu dengan scammer kat Facebook, kena tipu dengan skim MLM dan sejak dulu lagi memang suka kena tipu dengan skim Pak Man Telo. Hari ini kena tipu pula dengan janji PH.

Janji 100 hari tinggal lagi 66 hari untuk ditunaikan. Tapi belum sampai pun 100 hari, kerajaan PH sudah angkat bendera putih, mengaku mereka tidak mampu tunai janji.

Beri asalan tidak tahu jumlah hutang negara. Sedangkan maklumat hutang negara boleh diakses terus di laman web Bank Negara ketika mereka buat manifesto. Jauh berbeza dengan cara BN menunaikan janji dahulu, sejumlah 99.6% janji dilunaskan BN kepada rakyat.

Lebih teruk, rakyat diminta menderma kepada kerajaan PH. Amerika Syarikat dan Jepun yang punyai hutang beratus trillion pun tidak minta derma dari rakyat untuk bayar hutang negara. Lagi lawak semalam, kerajaan PH meminjam pula duit dengan kerajaan Jepun.

Dulu masa BN pinjam duit buat ECRL dengan China, pemimpin PH kata BN hendak gadai negara. Sekarang kerajaan PH hendak gadai negara pada Jepun kah? Kemudian minta rakyat Malaysia derma untuk tolong bayar hutang negara Jepun yang kini berjumlah USD$246.14 trillon ?

Kalau ikut hutang negara ini dah lama dah Jepun bankrup dan muflis. Jadi Malaysia yang jumlah hutangnya hanya RM686 juta menambah pula hutang bila meminjam dari kerajaan yang banyak hutang. Ini cara untuk selamatkan negara?

Esok lusa hendak hari raya, tidak nampak lagi YB YB Kerajaan PH ini bersama dengan rakyat agih bantuan dan sebagainya. Apa yang PH sibuk adalah pecat orang dan tukarkan orang, kemudian buat press conference.

Dulu masa PH tidak jadi kerajaan, bukan main ligat lagi DAP agih kurma di bazar Ramadhan, sampai hendak bergaduh gaduh. Tahun ini tiada pula bila mereka sudah jadi kerajaan. Apa yang ada adalah lakonan semula Guan Eng ketika penggal pertama mentadbir Penang dulu.

Guan Eng akan berlakon seperti Umar Abdul Aziz pada penggal ini, sama seperti lakonannya dahulu di Penang. Berlakon kononnya baik dan pijak semut pun tak mati. Penggal kedua, lihatlah bagaimana Guan Eng menjadi “tokong” di Penang. Habis semua orang PAS dan orang Melayu dipecatnya.

Yang gelar “tokong” pun bekas orang no. 2 Guan Eng sendiri. Jadi berhati hatilah dengan lakonan DAP. Lebih lebih lagi bila mereka menjaga wang negara. Entah apa lagi yang diintai selepas ini. Perletakan Kadir Jasin tidak boleh tutup terus kisah kebocoran maklumat perbelanjaan Yang Dipertuan Agong.

Siapa sebenarnya yang ada akses kepada fail tersebut? Jadi rakyat kena tanya balik kepada kerajaan PH, siapa dalang yang bocorkan maklumat itu? Bocor maklumat dengan niat hendak memalukan institusi raja?

Janji rakyat tidak ditunai. Ramai yang diminta berhenti, dibuang dan ditamatkan jawatan sejak PH berkuasa. Harga barang, minyak dan tol masih sama. Jadi apa benda yang sudah diselamatkan sebenarnya?

Ramai sudah rindu zaman kerajaan BN dahulu. Dakwat kekal masih terlekat lagi di hujung jari. Apa boleh buat, lima tahun lambat lagi. Inilah padahnya bila rakyat buat pilihan yang salah dan berdasarkan emosi di atas kertas undi.

Tulisan :
Prof Madya Azizi Aaron

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.