Saya tiada masalah isytihar harta – Ahmad Zahid

Calon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersedia membuat pengisytiharan harta sebagaimana yang bakal dilakukan dua pesaingnya dalam pemilihan kali ini.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden itu berkata, beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk memperlihatkan lagi ketelusan dalam parti.

“Tak apa kita ikut, tidak ada masalah.. Tidak ada apa yang perlu disembunyikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita selepas Majlis Perjumpaan Khas dan Sambutan Hari Raya bersama Badan Perhubungan UMNO Terengganu di Hotel TH, di sini petang tadi.



Yang hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; calon Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Tan Sri Annuar Musa.

Antara calon bagi Naib Presiden UMNO yang hadir ialah,Datuk Seri Ahmad Said; Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Datuk Seri Mahdzir Khalid; Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman; Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta sebilangan calon Ahli Majlis Tertinggi parti itu.

Baru-baru ini, Tengku Razaleigh menyatakan kesediaan untuk mengisytiharkan harta sebelum pemilihan UMNO yang dijadualkan akhir bulan ini dan langkah sama disahut oleh Khairy.

Tengku Razaleigh turut menyarankan agar semua menteri dan wakil rakyat dalam Pakatan Harapan diperiksa pemilikan harta mereka untuk membuktikan mereka benar-benar bersih dan tidak terlibat dengan rasuah. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker