Peruntukan Khas RM700 juta Untuk Apa?

oleh Ab Jalil Backer

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan kerajaan akan memohon peruntukan khas sebanyak RM700 juta bagi pembayaran bonus penjawat awam sebanyak RM400 dan pesara kerajaan RM200 seorang.

Dalam pembentangan Bajet 2018, Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, mengumumkan Bayaran Khas sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam. Bayaran ini akan diberikan dua kali iaitu RM1,000 pada Januari 2018 dan RM500 sebagai bonus Hari Raya Aidilfitri.

Najib turut mengumumkan bantuan khas RM750 kepada 743,000 pesara kerajaan. Mereka telah menerima bayaran sebanyak RM500 pada awal Januari lalu dan sepatutnya menerima RM250 menjelang Aidilfitri ini.

Jadi jika Guan Eng pohon peruntukan khas nanti, Penjawat Awam patut dapat bonus raya RM900 seorang bukan hanya RM400.

Jika tidak, untuk apa peruntukan khas tersebut? Dan mana baki peruntukan sebelum ini?

Jika Guan Eng dan para pegawai tidak jumpa teks Bajet tersebut boleh mesej saya.

One thought on “Peruntukan Khas RM700 juta Untuk Apa?

  • June 9, 2018 at 12:57 PM
    Permalink

    Peruntukan khas untuk selamatkan terowong lah tu

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.