Pemulihan UMNO: Menjadikan Najib Sebagai “Punching Bag”, Tidak Menguntungkan Sesiapa

PENULIS perhatikan ada kalangan pemimpin UMNO tertentu kebelakangan ini, gemar menjadikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai alat untuk mempopularkan diri dalam menghadapi pemulihan UMNO yang akan datang.

Ini pada penulis tidak akan menguntungkan sesiapa kerana Najib dengan jiwa besarnya telah mengambil tanggungjawab dengan melepaskan jawatan lanjutan dari kemerosotan sokongan rakyat dalam PRU14 yang dulu walaupun beliau sendiri menang di Pekan dengan majoriti besar.

Langkah hampir serupa dituruti oleh seorang Naib Presiden dan Ketua Wanita yang mengumum untuk tidak mempertahankan jawatan masing-masing atau mengejar jawatan lebih tinggi dalam pemilihan yang akan datang tapu tetap membantu parti tanpa jawatan.  Manakala Datuk Seri Zahid Hamid menawarkan diri untuk jawatan Presiden.

Najib bagaimanapun akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua UMNO bahagian Pekan yang disandang beliau sejak lebih 40 tahun yang dulu – langkah yang dilihat ramai orang sebagai keinginannya untuk kekal relevan dalam politik UMNO dengan membiarkan proses perubahan dalam parti berlaku terlebih dahulu.

Penulis rasa kalau ikut senarai rasmi yang nak bertanding berebut jawatan-jawatan tertentu dalam pemilihan itu nanti, nampak macam dah sihat dah pertandingan ni.  Tak payahlah dirosakkan semangat bertanding tu dengan saling salah menyalah antara kita.  UMNO dalam keadaan sekarang, tidak perlukan ini semua.

Parti perlu dikukuhkan terlebih dahulu, sebelum nak berhadapan dengan pihak lawan.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

One thought on “Pemulihan UMNO: Menjadikan Najib Sebagai “Punching Bag”, Tidak Menguntungkan Sesiapa

  • June 10, 2018 at 8:16 PM
    Permalink

    Setuju dgn pandangan penulis…tak perlulah mereka yg mengidam jawatan tertinggi nak bash kepimpinan dahulu lagi…korang lawanlah dengan sihat, tunjuk lah skill kepimpinan anda..turun bawah jumpa ahli terangkan perancangan anda untuk memperkuatkan parti…

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.