Peguam Negara

oleh Ab Jalil Backer

1. Peguam Negara tidak perlu seorang pakar perlembagaan. Bukan beliau yang menentukan tafsiran undang-undang dan Perlembagaan. Tafsiran Perlembagaan dibuat oleh Mahkamah bukan Peguam Negara.

2. Saya boleh namakan beberapa orang Islam yang layak menjadi Peguam Negara, malangnya Mahathir tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau tidak lebih boneka DAP.

3. Mahathir boleh sahaja mencalonkan, Kamarul Hisham Kamaruddin, bekas pendakwaraya yang sangat fasih english; atau Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

4. Ada beberapa nama lagi yang boleh dipertimbangkan termasuklah Hakim Mahkamah Tinggi yang ada sekarang.

5. Malangnya Mahathir bukan mahu mencari sesiapa yang paling hebat untuk menjadi Peguam Negara. Beliau hanya mengikut cakap DAP dan orang yang boleh memenuhi nafsu amarahnya terhadap golongan tertentu.

6. Jika beliau pentingkan kredebiliti tentulah beliau tidak akan melantik Ghani Patail menyiasat kes 1MDB. Orang yang pernah beliau tuduh “menjual” Pulau Batu Putih kepada Singapura.

Orang Melayu dan Islam di negara ini redha sajalah. ?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker