PAU2018: Tolak Calon Presiden “Pilihan” Parti Lawan (Kalau Ada)

DIFAHAMKAN 7 orang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO setelah proses pendaftaran ditutup jam 5 petang tadi (Ahad).

Sejak sistem kuota dihapuskan dengan ahli boleh memilih Presiden serta jawatan tertinggi lain secara terus, bolehlah ahli UMNO melihat jumlah penyertaan terbanyak untuk satu jawatan ini sahaja dalam sejarah.

Kalau tidak boleh mimpi.  Itu yang satu orang dapat jadi Presiden UMNO berpuluh-puluh tahun dulu tu, sebahagian besar darinya kerana sistem kuota pencalonan bahagian, undi bonus dan sebagainya.

Jumlah pencalonan yang tinggi ini menunjukkan, walaupun berlaku kemerosotan sokongan dalam PRU14 yang lepas, UMNO masih mendapat sokongan orang Melayu dan maka itulah ramai kita lihat menawarkan diri untuk menjadi Presiden parti terbesar orang Melayu ini.

Begitupun, sementara kita menyokong proses demokrasi dalam UMNO terus subur, ahli-ahli UMNO yang ditangan mereka ada kuasa untuk membuat pilihan, haruslah berhati-hati dengan pilihan yang bakal dibuat.

Pemilihan kali ini bukan sahaja tentang memilih pemimpin baru tapi juga memulihkan UMNO dalam masa yang sama.  Tidaklah ada masa yang lebih sesuai melainkan sekarang, dengan pemimpin UMNO tidak lagi terbeban dengan tugas menguruskan kerajaan.

Boleh fokus kepada mengukuhkan parti dan menyerang pihak lawan – dari malam membawa ke siang.  Isu tengah banyak sekarang ni, dari kos sara hidup tak turun-turun sehingga nak pinjam duit negara lain pulak lagi walaupun dok canang negara tinggi hutang.

Justeru, sementara kita tidak ada masalah menyokong berapa ramai pun individu yang nak bertanding merebut jawatan Presiden, individu yang mendapat sokongan pemimpin parti lawan atau lebih teruk lagi kalau dia itu sendiri pun ada memuji kaedah parti lawan yang konon lebih baik dari UMNO, calon yang semacam ini (siapa punlah dia) perlu dielakkan.

Memilih pemimpin yang semacam ini tidak akan memulihkan UMNO sebab selain menjadi wadah politik orang Melayu, bahagian “berperang” dengan parti musuh itupun sama penting jugakan?  Kalau dah semua pasal parti lawan tu baik, UMNO ni tak baik ke?

Itu sajalah nak cakap.

p/s artikel ini tidak merujuk kepada sesiapa pun, manusia mahupun zombie.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker