Nazir pertahan jawatan Ketua Pemuda Umno Titiwangsa

KUALA LUMPUR – Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin mempertahankan jawatan beliau selaku Ketua Pemuda Umno Titiwangsa bagi penggal 2018-2021.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli Umno atas sokongan yang diberikan kepada dirinya selama menjawat jawatan tersebut.

“Saya harap kita masih terus kekalkan silaturahim dan terus istiqamah dalam perjuangan kita, Kepada yang berjaya mempertahankan jawatan, tahniah saya ucapkan.

“Bagi yang tidak berjaya, anda masih diperlukan oleh Umno, tolong terus bersama dalam perjuangan. Segala salah silap tingkah laku, perkataan, perbuatan semalam saya menjadi Ketua Pemuda Umno, saya mohon ampun dan Maaf,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Mengulas mengenai mesyuarat dan pemilihan Umno Titiwangsa, beliau berkata, ia telah dipantau secara rapi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan disaksikan oleh Setiausaha dan wakil-wakil bahagian.

“Wakil Bahagian juga telah berbincang secara terbuka dan telus dengan calon-calon yang bertanding tentang isu jumlah korum. Kedua-dua calon bersetuju dan mempunyai komitmen sama serta meminta meneruskan proses pengiraan undi. Ada saksi termasuk wakil Umno Wilayah Persekutuan dan wakil calon,” katanya.

Jelasnya, pertandingan yang dijalankan adalah atas prinsip sama iaitu pertandingan adik-beradik.

“Alhamdulillah, keputusan memihak kepada saya dan perlu diingatkan yang menang tidak menang semua serta yang kalah tidak kalah semua. Saya akan laksanakan apa yang perlu dan terus istiqamah dengan perjuangan yang benar,” katanya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker