Komplot luar cuba pengaruhi pemilihan UMNO

Unit Komunikasi Strategik UMNO mendedahkan terdapat komplot dari luar untuk mempengaruhi pemilihan parti itu pada 30 Jun ini khasnya daripada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri yang terang-terang mahu melaga-lagakan sesetengah pemimpin.

Selain itu, menurut unit tersebut, cubaan campur tangan daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang sendiri dalam menentukan nasib masa depan UMNO juga seolah-olah mahu melihat satu-satunya parti orang Melayu tersebut hancur.

“Apa sebenarnya niat beliau (Kit Siang) dalam memberi perhatian terhadap hidup mati UMNO? Jika beliau melihat UMNO sebagai musuh, biarkan saja parti ini sendirian dan lawan secara anak jantan.

“Oleh itu, tidak perlulah beliau dan Dr. Mahathir memberi nasihat tentang bagaimana UMNO harus dicorakkan.

“Sebagaimana Unit Komunikasi Strategik ini hanya berpaksi kepada unison points untuk siaran, begitu juga kami tidak teringin untuk bertanya lebih lanjut mengenai apa sebenarnya peranan suara beliau dalam Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker