Kerajaan Yang Korup dan Peras Ugut?

1. Tindakan seorang pengamal media pro-Kerajaan mendedahkan perbelanjaan Yang Di Pertuan Agong setelah berlaku pertikaian dalam pelantikan Peguam Negara yang baharu menunjukkan kerajaan hari ini sedang berubah ke arah sebuah rejim yang korup dan berunsur “ugut dan perintah”.

2. Kita bersetuju untuk mengehadkan perbelanjaan kerajaan dan Yang Di Pertuan Agong. Ia sesuatu yang wajar dilakukan jika kerajaan merasakan ia merupakan perbelanjaan yang membazir dan tidak mempunyai kepentingan negara.

3. Namun kita semua tahu pendedahan dan serangan ini hanya kerana Yang Di Pertuan Agong cuba menjalankan tugas baginda dalam pelantikan Peguam Negara.

4. Kerajaan seolah-olah cuba memberi isyarat bahawa jangan cuba halang apa sahaja keputusan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad atau berhadapan dengan pelbagai pendedahan yang memalukan.

5. Seperti kata seorang pemerhati politik, Ab Jalil Backer, memalukan dan mengaibkan seseorang ketua negara kepada awam hanya kerana pertikaian pelantikan Peguam Negara menunjukkan kerajaan hari ini sedang menjadi regim yang korup dan dan tidak bermoral.

6. Unsur check and balanced antara tiga komponen utama negara tampat sekali lagi akan terhakis seperti mana yang berlaku pada tahun 80-an dan 90-an.-MYKMU.NET

3 thoughts on “Kerajaan Yang Korup dan Peras Ugut?

  • June 6, 2018 at 2:36 PM
    Permalink

    Dah kata dah.. Mahathir naik siaplah institusi Raja dendam kesumat

    Reply
  • June 6, 2018 at 2:41 PM
    Permalink

    Dah kata dah.Mahathir naik..siaplah institusi Raja..dendam kesumat

    Reply
  • June 7, 2018 at 5:30 AM
    Permalink

    Bekas PM ke 4 ni memang jenis pendendam yg kejam tu sbb org gelarnya mahazalim

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.