Kenyataan Media Ketua Pemuda UMNO Bandar Tun Razak

KENYATAAN MEDIA
10 Jun 2018

1. Saya terpanggil untuk memberi perkongsian dengan merujuk kepada laporan akhbar berkenaan tindakan ahli UMNO bersama 2,000 yang lain keluar parti baru-baru ini.

2. Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bandar Tun Razak akui bahawa ahli Pemuda yang memberi kenyataan keluar parti baru-baru ini merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bukit Jalil. Untuk makluman, status sayap cawangan tersebut baru ditubuhkan selepas PRU13.

3. Gelaran Dato’ yang sering digunapakai oleh penggerak bekas ahli UMNO ini amat meragukan kerana tiada sebarang pencalonan nama beliau dilihat sebelum ini untuk menerima sebarang pingat kebesaran daripada Raja, Sultan, Yang di-Pertuan Besar Negeri mahupun Yang di-Pertua Negeri. Mungkin tuan empunya diri mempunyai bukti kukuh atau sebab tersendiri menggunapakai gelaran tersebut.



4. Sebagai pemimpin sayap parti keramat ini, saya berperanan memantau setiap aktiviti dan tindakan daripada ahli-ahli Pemuda. Saya tidak berniat mendedahkan aib tetapi sekadat mengenali siapa sebenarnya penggerak ini, wajarlah sekiranya saya nyatakan bahawa pelbagai perkara pernah dilakukan oleh individu ini di luar pengetahuan kami dan ada sebahagian besar daripada merupakan tindakan untuk mempopularkan diri dan menonjolkan dirinya saja. Dari segi gerakan kerja parti, beliau telah gagal menjalankan tanggungjawab yang diberikan secara baik.

5. Angka 2,000 orang pengikutnya yang dibawa lompat parti tersebut amat meragukan. Walhal jumlah ahli parti di dalam kawasan cawangannya kurang dari 200 orang. Sebelum ini juga beliau pernah mendakwa perkara yang sama di hadapan kami, namun sehingga ke hari ini masih gagal mengemukakan senarai nama mereka yang dimaksudkan bersama dengannya.

6. Secara peribadi saya beranggapan ada tidak menambah, tiadapun tidak merugikan. Maka biarlah parasit ini tidak berada di dalam UMNO. Keputusan yang dibuat amat baik sekali dan saya yakin ramai lagi mereka yang layak mahu terus berbakti kepada agama, bangsa dan tanah air meskipun kami kini telah bergelar pembangkang.

7. Selamat maju jaya diucapkan dan tahniah kepada parti Amanah yang bakal menerima mereka ini dan diharapkan parti setahun jagung ini tidak dimusnahkan olehnya kelak.



Terima kasih

MOHD AMIR BIN ABD HALIM
Ketua Pemuda
UMNO Bandar Tun Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker