Keahlian Ahli Majlis Tertinggi perlu seimbang

Exco Pemuda Umno, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin menawarkan diri bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti itu kali ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Titiwangsa berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat pandangan pelbagai pihak selain berasakan perlu ada kesinambungan dalam Umno.

Menurutnya, golongan muda yang berkebolehan dan berkelayakan perlu ada dalam MT untuk membantu memperkasakan parti dan melakukan transformasi sebenar.

“Sama ada suka atau tidak, penjenamaan parti perlu berjalan dan Umno perlukan orang muda membarisi jawatan tertinggi bagi membuktikan parti ini bersikap lebih terbuka.

“Saya tidak mahu orang muda di luar sana terus menganggap Umno hanya didominasi orang lama dan golongan yang telah berusia untuk bersaing dengan parti lain,” katanya.

Nazir Hussin, 39, teah menjadi Ecco Pemuda Umno selama dua penggal dan pernah menjadi Pengerusi Biro Pekerja dan Biro Hal Ehwal Bandar Dan Perumahan (Help).

Ketika menerajui Biro Pekerja Muda, beliau berjaya menganjurkan Karnival Kerjaya BN yang membantu 165,000 anak muda mendapat pekerjaan dan memperjuangkan isu gaji minimum.

Penganjuran Karnival Kerjaya juga berjaya mencatat empat kejayaan dalam Malaysia Book Of Records.

Sementara ketika menjadi Pengerusi Biro Help, beliau menganjurkan Tuisyen Help yang membantu 38,000 pelajar miskin seluruh negara serta memperjuangkan skim untuk anak muda memiliki rumah sendiri.

Nazir Hussin berkata, tidak ramai generasi muda bawah usia 40 tahun yang menawarkan diri bertanding di peringkat MT dan ini satu kelebihan buat beliau.

“Sekiranya diberi peluang, kualiti yang ada pada diri saya adalah seorang yang bekerja, saya mempunyai kerajinan dalam parti, jadi perlu mempunyai pemimpin yang sanggup berkorban membantu parti,” katanya.

Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker