Kalau Ikut Keputusan PRU14, Takdelah Jijik Pun

AHLI-AHLI UMNO rasanya tidak perlulah melatah dengan tanggapan orang parti lawan kononnya UMNO semakin jijik dimata rakyat sekarang.  Ya, kita alami kemorosotan sokongan yang banyak dalam PRU14 yang dulu, tapi dari segi matematiknya, UMNO masih parti tunggal dengan jumlah kerusi terbanyak dalam Parlimen sekarang ini – terima kasih rakyat, takdelah nampaknya jijik sangat.

Malah orang UMNO yang menang dan melompat parti pun, masih ada kedudukan di kerajaan negeri tertentu – jijik ke tu?

Dalam keadaan sekarang, bila semua janji tersurat tidak dapat dilaksanakan, ditangguhkan dan sebagainya oleh pentadbiran baru, dah tentulah kita akan mendengar macam-macam kenyataan seumpama ini untuk mengalih perhatian rakyat dari isu yang sebenarnya.  Nanti bila pejuang UMNO sibuk cakap pasal jijik, siapa pulak nak cakap pasal janji yang dicapati kan?

Malah, kontroversi dengan institusi beraja baru-baru ini pun yang dicetuskan orang sebelah sana pun penulis rasa ada kaitan dengan cubaan mengalih perhatian rakyat dari perkara yang sama.

Rakyat sekarang ini sebenarnya sedang menanti-nanti bila kos sara hidup nak turun, bukan nak dengar parti mana dipandang jijik!!

Hakikatnya, melainkan lambang 1 Malaysia yang diturunkan di sana sini dan beberapa nama yang dijenamakan semula, tidak ada apa yang nampak berubah.  Barang masih mahal walaupun GST dah 0%, warga asing masih berlambak di sana sini, masih ada rakyat tidak mempunyai rumah, tol masih perlu dibayar, minyak tak turun harga dan sebagainya – walaupun kita faham semua ini memerlukan masa.

Tapi masa ini sifatnya infiniti.  Berapa lama masa nak diambil, setahun ke, 9 bulan ke, sehari ke atau tunggu sehari sebelum nak PRU15 esok baru nak laksana semua?  Puak ini pun tahu sebab itu masa kempen PRU14 dulu ada tempoh 100 hari untuk 10 yang pertama, tapi itu pun dah ditangguhkan, so apa seterusnya?

Rakyat patut fokus pada yang itu, apa yang lain, anggap saja macam angin lalu.

(sumber gambar – Whatsapp)

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.