Jawapan Najib kepada kenyataan Mahathir

Di sebalik meyakinkan ramai rakyat Malaysia sebelum Pilihanraya Umum ke-14, kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Mahathir kini berkata, tanpa bukti kukuh, menahan atau mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah.

Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

Dengan berkata demikian, Tun Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh.

Ia juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwa saya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian dari konspirasi menggunakan individu tertentu di dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan saya.

Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah.

Berbeza dengan Perdana Menteri ke-4, anak saya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah ‘supercar’ bernilai berjuta Ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Selain itu, saya juga sedih apabila ramai rakyat beragama Islam berpendapatan rendah di negara ini yang memerlukan bantuan bagi memenuhi tuntutan agama menunaikan Haji, kini tidak lagi menerima bantuan dari kerajaan.

Tun Mahathir adalah silap untuk mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi.

Tun Mahathir kerap membuat dakwaan duit dicuri dari 1MDB. Bagaimana agaknya, 1MDB mencuri wang 1MDB sendiri untuk membolehkan syarikat ini membiayai jemaah haji?

Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam ke-5 ini adalah dari sumber halal kerana saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya.

Najib Razak

3 thoughts on “Jawapan Najib kepada kenyataan Mahathir

  • June 11, 2018 at 11:47 PM
    Permalink

    Semoga allah bersama2 pihak yg Benar.ya Allah,kau bantulah hambamu yg dianiaya.

    Reply
  • June 12, 2018 at 4:36 AM
    Permalink

    Dendam kesumat mahathir.x layak di angkat sebagai pemimpin.

    Reply
  • June 12, 2018 at 9:20 AM
    Permalink

    Apa dah jadi dengan tuduhan Mahathir kapal terbangnya ke Langkawi disabotaj. Dengan kedudukannya sekarang tentu tiada masalah bagi beliau mendapatkan cerita sebenarnya dan ambil tindakan kepada individu yang terlibat. Siasatan dan dapatan berbagai pihak ketika itu boleh dituduh sebagai tidak boleh dipercayai. Rakyat perlu mengingatkan Mahathir supaya mendedahkan apa sebenar berlaku dan keluar bersih dari isu ini.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.