Harga barangan asas turun 30 – 50 peratus sejak Pakatan Harapan mengambil alih ?

oleh Syahir

Bila Menteri Pertanian kata Harga barangan asas turun 30 – 50 peratus sejak Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan bulan lepas saya hanya mampu ketawa.

Pengalaman saya sendiri membeli barangan dapur setiap minggu tidak ada penurunan harga barangan asas seperti makanan dan bahan mentah yang signifikan apatah lagi turun sehingga 50 peratus.

Menurut data Indeks Harga Pengguna (IHP) atau inflasi yang diterbitkan Department of Statistics, Malaysia, kadar inflasi pada bulan Mei 2018 adalah 1.8% dimana kadar inflasi bagi makanan & minuman bukan alkohol meningkat 2.2%.

Di dalam sub-indeks, melaporkan inflasi harga daging naik 1.1% dan harga ikan & makanan laut naik 4.1%.

Ini adalah data inflasi purata seluruh negara.

Daripada mana data atau maklumat yang Menteri Pertanian Salahuddin Ayub dapat saya pun tak pasti.

Mungkin dia merujuk kepada harga ayam, daging, ikan, sayur yang tak laku di mana peniaga turunkan harga untuk clearkan stock.

Tadi saya juga tertonton Astro Awani melaporkan rungutan peniaga di Pulau Pinang yang mahu kerajaan kawal harga ayam diperingkat penternak dan pemborong bukan di peringkat peruncit sahaja. Rungutan sama tentang kenaikan harga bahan makanan asas yang menyebabkan harga naik setiap kali musim perayaan.

Ini membuktikan bukan GST yang menyebabkan harga barangan asas seperti makanan naik dan harga makanan mentah tidak turun selepas GST dikadarsifarkan.

Mungkin lebih elok Menteri Pertanian tunjuk pasar mana yang ayam, daging, ikan, sayur turun sampai 50 peratus ni. Kata perjuangkan ketelusan. Maklumat mesti dikongsi bersama rakyat. ?

p.s. Menteri yang sama kata harga barang naik mungkin kerana peniaga sabotaj:

Rujukan:

1. Harga barang turun 30-50 peratus – Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/438243/harga-barang-turun-30-50-peratus

2. Indeks Harga Pengguna Mei 2018 – Jabatan Perangkaan Negara: https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=106&bul_id=ZlpBMzhlK2ZwWmtTSWdFbWYrTU1Hdz09&menu_id=bThzTHQxN1ZqMVF6a2I4RkZoNDFkQT09

3. Peniaga harap harga bahan mentah terkawal – Astro Awani: http://www.astroawani.com/video-malaysia/awani-state-pulau-pinang-peniaga-harap-harga-bahan-mentah-terkawal-229980

4. Mungkin peniaga sabotaj, naikkan harga barang – Berita Harian: http://www.bhplus.com.my/berita/nasional/2018/05/431029/mungkin-peniaga-sabotaj-naikkan-harga-barang

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10216073640171792&id=1173231958&ref=content_filter

One thought on “Harga barangan asas turun 30 – 50 peratus sejak Pakatan Harapan mengambil alih ?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.