Cerita Paip Pulak Dah, Apa Kaitan Dgn Kos Sara Hidup?

 

AMALAN biasa yang kita tahu jika wujud apa yang tidak kena dengan apa-apa jua transaksi berkaitan kerajaan, perkara itu harus dilaporkan kepada pihak berkuasa berkaitan.  Ini berlaku dimana-mana juga bukan di Malaysia saja.

Mengeluarkan kenyataan – yang dilihat ramai seolah cuba mencipta persepsi ada kesalahan yang telah dilakukan sebelum siasatan dibuat, bukanlah cara yang betul apatah lagi dalam kes yang membabitkan jumlah wang yang besar dan turut melibatkan hubungan dua hala dengan negara lain.

Jika ada bukti wujud keraguan dalam transaksi yang dikatakan, serah pada pihak berkuasa berkaitan untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.  Apa yang lain dari itu, tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.

Fokus pentadbiran baru sepatutnya bukan pada benda-benda seperti ini, sebaliknya menurunkan kos sara hidup rakyat yang dikatakan gagal dibuat kerajaan terdahulu seperti mana janji dalam kempen PRU14.  Soal skandal-skandal ni – jika ada, serah saja pada pihak yang berkenaan untuk menyiasatnya.  Tak kenyang rakyat dengan cerita skandal-skandal ni semua pun.

Lagipun, apa yang rakyat lihat sekarang, jangan kata ‘skandal’ baru, ‘skandal’ dulu pun belum ada yang terbukti setakat hari ini sekalipun pentadbiran sudah berubah orang.

Senang cakap, kita bukan nak cerita pasal paip sekarang ni tapi nak lihat kualiti hidup semua orang meningkat dan kos sara hidup yang menurun seperti mana yang dijanjikan dalam PRU14 sekiranya kerajaan berubah tangan.  Natijahnya hari ini, dari segi harga barang, tidak banyak yang berubah, apatah lagi yang murah walaupun kadar GST menjadi 0% sekarang.

Banyak yang ditunjukkan penyokong kerajaan di media sosial kononnya berlaku penurunan harga, ialah barang keperluan yang memang tidak dikenakan GST sejak dari dulu pun!!  Tapi perlu diakui, ada juga harga yang turun, seperti kereta contohnya.  Masalahnya orang bukan beli kereta hari-hari yang kesannya nak dilihat secara menyeluruh.

Masa GST mula dilaksanakan dulu pun harga kereta turun juga sebab SST  10% dah jadi GST 6%, tapi apa ada kesan pada rakyat kata penyokong pembangkang pada waktu itu.

Related Articles

One Comment

  1. Penyokong dah anggap pemimpin mereka Sudah tahap dewa suci.kerajaan sekarang nampak x pandai but kerja.sanggup ambik duit rakyat atas nama derma rakyat.ya walaupun rakyat yang sukarela.padahal bukan kerajaan bankrap pun.

    Kerosakan sebenar yang besar dalam institusi sosial Dan ekonomi sedang dilakukan oleh pH.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker