Asyraf Wajdi Ketua Pemuda UMNO baharu

Keputusan tidak rasmi pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO menyaksikan Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki mendahului calon-calon lain.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam hantaran terbaharu di Facebook mendakwa beliau memperoleh 73 undi.

Diikuti Senator Khairul Azwan Harun 58 undi, Datuk Mohd. Shahar Abdullah 58 undi dan Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang memperoleh dua undi.

Hanya tinggal dua undi dari bahagian Kelana Jaya dan Kapar yang masih belum membuat keputusan.

Pemilihan jawatan bagi sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri berlangsung di 191 bahagian UMNO semalam dan hari ini.-UTUSAN ONLINE

One thought on “Asyraf Wajdi Ketua Pemuda UMNO baharu

  • June 24, 2018 at 12:41 PM
    Permalink

    Secara zahirnya ,beliau memang layak jadi KP Umno.Berilmu,kelihatan ber displin,nampak Islamik dan mampu kedepan dalam urusan Islam,istiqmah dalam Umno walau pun sentiasa tewas kepada Pas dalam piliharaya.Sebagai penyokong Umno saya secara pribadi ,berlapang dada utk menrima dan menyokong beliau,malah untuk jadi pemimpin masa hadapan,sekiranya beliau membuktikan kewibawaannya sebagai KP Umno.Gandingan Asyraf – Dr.Zahid atau Dr Asyraf -Ku Li,boleh menjadi utk memperkasakan Umno,tapidgn KJ mungkin kurang serasi.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.