Alhamdulillah Syukur, Turun Lagi, Kali Ini Duit Raya Peneroka Pulak

SEMEMANGNYA harapan rakyat sebelum PRU14 dulu adalah untuk melihat segala macam yang dikatakan TINGGI di negara kita sebelum ini, TURUN kalau orang lain jadi kerajaan.  Bawah Najib katanya semua mahal, bawah orang lain mungkin semuanya akan murah. 

Tapi dalam masa yang sama, ramai mahu perkara macam gaji tu kekal tinggilah sebaliknya kos sara hidup, harga barang, harga rumah, tol, hutang PTPTN dan lain-lain yang “membebankan” tu, turunlah, hapus ke apa patut.Itulah harapan ramai orang dan kebetulan ada pulak pihak yang menawarkan harapan tu semua – 10 darinya AKAN dilaksanakan dalam 100 hari bila jadi kerajaan pulak tu, maka dipilihlah mereka ni.  Janji masa itulah.

Setelah puak ini ambik alih, walaupun harga barang, kos sara hidup dan lain-lain yang diharapkan tu belum nampak turun kat mana sangat, tapi sikit sikit kita dah lihat dah memang berlaku beberapa penurunan ketara di negara kita sejak pentadbiran baru ini mengambil alih – tak sampai sebulan.

Mula-mula jumlah kakitangan awam ada nampak sikit penurunan setelah dikhabarkan beribu-ribu ditamatkan perkhidmatan masing-masing atas alasan kontrak, lantikan politik, agensi tidak lagi relevan dan sebagainya.  Bagaimanapun penurunan ini tidaklah sangat ketara, kita ada 1.6 juta kakitangan awam, setakat beribu-ribu ni hilang kerja berapa percent la sangat?  Ulat dalam batu pun boleh hidup.

Tak lama lepas tu hutang negara pun turun, dari RM 1 trillion kepada RM 800 billion – hebat, RM 200 billion penurunan dalam masa tak sampai hari ke minggu (betulkan kat mana satu). Mana nak jumpa kerajaan hebat macam ini, boleh selesai hutang banyak itu dalam masa singkat.  Kalau ikut trend ini, silap-silap 4 bulan lagi negara kita boleh bebas hutang!!

1 Jun hari tu, GST turun jadi 0% berbanding 6% sebelumnya tapi mungkin stok lama banyak lagi, tak ketara sangatlah kat mana yang banyak turun harga tu.  Ini bagaimanapun hanya sementara, nanti sebaik diperkenalkan SST 10%, mungkin akan jadi murah banyak benda.

Bila diumumkan duit raya kakitangan awam pulak, turun jugak lagi.  Tahun sudah (dan beberapa tahun sebelumnya) RM 500, tahun ini RM 400, itupun bukan semua orang dapat, kakitangan tetap Gred 41 ke bawah merasa.  Tapi syukurlah sebab tak banyaklah penurunan tu, hanya RM 100.  Apa sangat nilai RM 100 hari ini ya, beli barang jangan kata troli, plastik pun tak penuh silap-silap.

Hari ini, Rabu, pun ada lagi yang turun – duit raya peneroka Felda pulak kali ini gilirannya.  Tahun lepas SEMUA sekali peneroka dapat duit raya RM 780 (RM 500 + RM 280 dividen FGV), tahun ini diumumkan sebentar tadi, peneroka dapat RM 450 duit raya, tapi BUKAN SEMUA.

Siapa yang dah dapat duit bantuan JKM, tidak layak menerimanya.  Ya, duit bantuan JKM dengan duit raya Felda, tahun ini, sama.  Macam mana jadi sama? Entah, orang tak sekolah terlalu ramai di negara kita ni kata orang tua.

Apa pun, kita kena bersyukur, ada juga walaupun turun.

Dalam masa yang sama tak jugak salah bertanya, kenapa yang dulu boleh tinggi yang sekarang kurang pulak, walaupun tak banyak – HANYA RM 330 kurang sahaja berbanding tahun sudah?  Agak yang berkurang tu sebab hutang negara ke?  Kalau itu alasannya, kenapa ada (duit raya(), baik takde?  Hutang negara tinggi la katakan.

Tanya, takkan tanya pun jadi salah?

(sumber gambar – Internet)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker