Aku Janji Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, calon 03 Presiden UMNO

1. PERTAHANKAN KEPENTINGAN MELAYU – Mempertahankan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia yang membabitkan kepentingan:
a) Agama Islam sebagai agama Persekutuan
b) Institusi Beraja
c) Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Sabah dan Sarawak.
d) Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan

2. MERAKYATKAN UMNO – UMNO mesti terus direlevankan mengikut kedudukan pentas politik tanah air. Segala kelemahan dikenal pasti serta dibaiki agar UMNO BANGKIT semula menjadi parti utama yang diminati rakyat. UMNO akan menjadi jurubicara, membela dan memperjuangkan kepentingan ahli, orang Melayu dan Bumiputera serta rakyat keseluruhannya.

3. MAJLIS PENASIHAT UMNO – Mewujudkan Majlis Penasihat Eksekutif dianggotai ilmuan, profesional, agamawan, pakar pelbagai bidang, wakil generasi muda. Majlis ini berperanan memberikan pandangan/nasihat kepada pemimpin tertinggi terutama Presiden dalam sesuatu isu semasa.

4. TEMPOH PRESIDEN DUA PENGGAL – Menetapkan tempoh Presiden parti tidak lebih dua penggal saja secara berturut-turut bagi memelihara budaya meritokrasi dalam menggalas tanggungjawab peralihan kepimpinan yang sistematik dan beradab.

5. PANGKALAN DATA UMNO – Mewujudkan pusat maklumat UMNO di setiap Bahagian bagi merakyatkan UMNO.

6. PASUKAN TINDAKAN KHAS – Menubuhkan Pasukan Tindakan Khas mendengar masalah akar umbi dengan mesyuarat bulanan MT dari negeri ke negeri (tetapkan tarikh dan waktu yang tertentu).

7. UMNO UNTUK MELAYU DAN BUMIPUTERA – Mengekalkan UMNO hanya untuk orang Melayu dan Bumiputera di samping mewujudkan ahli kesukarelawanan dan pendokong parti.

8. AKADEMI PERKADERAN UMNO – Untuk memastikan kelangsungan pengkaderan dalam parti untuk UMNO BANGKIT. Justeru program perkaderan untuk jati diri diutamakan terutama pewaris parti yang setia melalui kewujudan Akademi Perkaderan UMNO.

9. KETERBUKAAN UMNO – Demi mengupayakan ahli UMNO untuk menerokai KETERBUKAAN UMNO, maka UMNO dibuka ruangnya lebih meluas untuk generasi muda, profesional, ilmuan, agamawan, NGO untuk dilibatkan secara aktif. Mengamalkan pendekatan kepakaran Ahlul Halli Wal Aqdi.

10. PERANAN GENERASI MUDA – Memperkasa dan memperluaskan peranan sayap parti (Pemuda & Puteri) bagi menarik generasi muda. Proses penglibatan, didengari, dihormati, diberikan peluang melontar idea dan syor daripada generasi muda ini. Status sayap diperjelaskan lagi agar setaraf Naib Presiden UMNO.
a) Naib Ketua Sayap automatik Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
b) Satu Jawatan Lantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
c) Satu lantikan (Wajib) EXCO daripada UMNO Negeri Sabah dalam EXCO Pemuda dan Puteri.
d) Meningkatkan peranan & fungsi Kelab UMNO Luar Negara (Lantikan 1 EXCO Mewakili Kelab UMNO Luar Negara dalam Pemuda dan Puteri).
e) Mewujudkan wadah UMNO bagi mahasiswa di universiti tempatan seperti penubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berteraskan politik dan kepimpinan di Universiti Tempatan @ dalam negara (Lantikan 1 EXCO Mewakili Kelab UMNO daripada Universiti Tempatan dalam Pemuda dan Puteri). Ia bertujuan sebagai wadah mesra UMNO dalam kalangan mahasiswa/siswi.

11. UNIT TINDAKAN KHAS TANGANI POLITIK WANG – Menubuhkan Unit Khas Tangani Politik Wang. Ini termasuk melantik individu yang mempunyai integriti dan berlatar belakang undang-undang, berkaliber dan bersih, di samping mengsifarkan budaya warlords menerusi pendekatan bersepadu dan berkesan.

12. IBU TERBAIK BANGSA – Menjadikan Pergerakan Wanita UMNO sebagai Ibu Terbaik Bangsa yang menumpukan kepada akar umbi dan tidak kepada kepartian sahaja.
a) Naib Ketua Sayap automatik Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
b) Satu Jawatan Lantikan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.
c) Satu lantikan (Wajib) EXCO daripada UMNO Negeri Sabah dalam EXCO Wanita.
d) Mewujudkan Badan Bukan Kerajaan (NGO) berteraskan politik dan kepimpinan Wanita dalam sosio-kemasyarakatan.

13. MAJLIS MEDIA UMNO – Mewujudkan Majlis Media UMNO yang menggabungkan media konvensional, media sosial, bloggers, cybertrooper dan berita portal di peringkat pusat dalam mewujudkan elemen berita, tularan berita, video grafik dan infografik yang senada dan efektif.
a) Wujudkan juga pasukan media dalam 191 UMNO Bahagian sebagai ketumbukan baharu parti.
b) Menyelaraskan semua team media, dan komunikasi setiap pemimpin, UMMO dalam mewujudkan elemen berita yang senada dan efektif.
c) Adakan mesyuarat mingguan dan, bulanan pasukan media bagi menjadikan media UMNO sebagai media pembangkang yang konstruktif dan kritis demi rakyat.

14. JAWATANKUASA PENSTRUKTURAN – Menubuhkan jawatankuasa khas peringkat MT untuk mengkaji dan mencadangkan penstrukturan & penjenamaan semula UMNO.

15. UMNOKU, KELUARGAKU – Bagi menanam kecintaan pada UMNO. Budaya “UMNOKU, KELUARGAKU” akan diterapkan dalam program parti. Kanak-kanak dilibatkan dalam kegiatan parti yang bersesuaian agar nilai perjuangan UMNO dibina dari awal usia mereka.

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker