Agaknya Trend Org Sekarang Meletak Masa Depan Ditangan Pemimpin Zaman Silam?

SETELAH parti lawan memilih pemimpin veteran sebagai kepala, UMNO juga nampaknya menuju ke arah yang sama dengan pengumuman Tengku Razaleigh Hamzah (Kuli) untuk merebut jawatan Presiden UMNO petang tadi.

Muda lebih 10 tahun berbanding pemimpin utama parti lawan, Tengku Razaleigh adalah pemimpin kedua UMNO selepas Datuk Seri Zahid Hamidi mengumum untuk bertanding jawatan nombor satu parti itu.

Jangan salah, penulis bukan bantah malah menyokong, cuma terfikir mungkinkah pada zaman serba baru dan moden ini, dari segi politiknya memang nak jadi trend orang di Malaysia sekarang memilih orang dari zaman silam memimpin yang lebih muda ke masa depan.

Parti lawan buat dulu, UMNO pulak ke arah itu.  Bezanya penyokong dan pemimpin parti lawan tidak menyembunyikan hakikat bahawa pemilihan orang lama di pihak mereka, hanyalah keadaan yang sementara sahaja – tak lama lagi nak “main mahjung” dah kata sesetengah darinya.

Begitupun, pandangan peribadi penulis sebagai ahli UMNO – buat masa sekarang, penyertaan Kuli dalam persaingan jawatan Presiden ini adalah satu  yang perlu dilihat dalam konteks positif.  Siapa nak bertanding pun kita jangan halang, biar ahli sendiri membuat keputusan.  Masih terlalu awal untuk kita mengandaikan sebarang impak negatif dari pengumuman ini terhadap kelangsungan parti.

Dalam keadaan UMNO perlu kembali mengukuhkan kedudukan untuk berhadapan dengan PRU15 yang akan datang, demokrasi dalam UMNO perlulah terus disuburkan.

Cuma penulis harap, semua pihak terlibat nanti perlulah terbuka menerima keputusan ahli.  Kalau kalah, kalahlah, sokong dan terima mereka yang menang, jangan pulak buat sesuatu yang akhirnya membawa keburukan kepada parti.

Adamyan

Hidup mesti berprinsip

2 thoughts on “Agaknya Trend Org Sekarang Meletak Masa Depan Ditangan Pemimpin Zaman Silam?

  • June 17, 2018 at 1:17 AM
    Permalink

    Pembesar Muda UMNO mati pucuk.

    Reply
    • June 18, 2018 at 8:13 AM
      Permalink

      Zaman berfikiran dan bercakap seperti ini sudah berlalu. Zaman ini kualiti intelektual saja yang menarik keyakinan.

      Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.