Hasil Debat Semalam, Terbukti Zahid Paling Layak Menerajui UMNO

ADA orang kata kepada penulis, tujuan debat antara calon-calon Presiden UMNO yang diadakan sebuah stesen TV semalam adalah bertujuan untuk memecah belahkan lagi UMNO. bukan bukti media lebih bebas dari yang dulu.

Katanya. waima ketika BN memerintah pun debat antara calon-calon Presiden UMNO (atau mana-mana calon Presiden parti yang lain) tidak pernah diadakan tapi lepas BN tak lagi pulak berkuasa baru debat antara calon-calon Presiden UMNO diadakan.

Ini pandangan dialah dan penulis sekadar memasukannya disini.

Apa pun, yang lebih penting semalam ialah, hasil dari debat semalam terbukti Datuk Sri Zahid Hamidi adalah calon yang paling sesuai untuk memimpin UMNO bagi tempoh 3 tahun yang akan datang.  Antara lain ramai boleh melihat, sepanjang proses debat berjalan, Zahid menumpukan perhatiannya untuk memulihkan UMNO, tidak langsung menyentuh tentang kelemahan pemimpin sebelum beliau.

Dua lagi calon Presiden yang terlibat dalam debat tersebut, YB Khairy Jamaludin dan Tengku Razaleigh Hamzah pun sama bagus juga tapi sebab ini pertandingan yang hanya memerlukan seorang pemenang, maka perlulah ada yang lebih bagus diantara yang bagus ini, dan orang itu ialah Zahid.

Zahid lebih jelas hala tuju parti untuk masa akan datang.  Beliau tidak langsung memikirkan apa yang telah berlaku atau menyalahkan kepimpinan terdahulu tapi lebih kepada apa yang akan dibuat untuk mengembalikan UMNO di landasan kecemerlangannya.  Lagipun. pemilihan kali ini kan tentang mengembalikan kecemerlangan UMNO dengan hala tuju baru, sudah tentu UMNO memerlukan pemimpin yang melihat masa depan, bukan asyik menoleh ke belakang mencari apa yang boleh dipersalahkan atau tak pasti apa yang nak dilakukan.

Ini bukan sekadar kata-kata sahaja kerana kita semua lihat dalam isu akaun UMNO yang dibekukan sebelum ini, hanya Zahid yang berani ke depan menenangkan ahli-ahli UMNO dengan mengumumkan apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi tindakan tersebut.  Ramai ahli UMNO yang tidak tentu arah selepas tindakan tersebut, berasa lega setelah mendengar kenyataan dari Zahid.

Dari situ saja cukup membuktikan bahawa Zahid ada aura kepimpinan yang amat diperlukan untuk memulihkan UMNO dalam menghadapi PRU15 yang akan datang.

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker