Akaun Dibeku, Hanya Zahid Berani Tunjuk Keberanian

Share


ISU akaun UMNO dibekukan pihak berkuasa semalam, mendapat reaksi yang pelbagai dari banyak pihak.  Bagaimanapun entah kenapa, dikalangan calon-calon yang bersaing dalam perebutan jawatan Presiden UMNO, hanya Datuk Seri Zahid Hamidi seorang sahaja yang memberikan reaksi pantas beliau berhubung dengan tindakan tersebut.

Walaupun reaksi ini sudah boleh diagak kerana Zahid adalah pemangku Presiden UMNO, tapi calon-calon lain yang menawarkan diri pun sepatutnya sudah boleh berbunyi sepatah dua, maklumlah kalau menang, masalah ini akan jadi masalah mereka jugakan? Dah tu kenapa harapkan Zahid seorang bercakap?

Sementara UMNO menyerahkan kepada para peguam untuk menentukan tindakan lanjut ke atas pembekuan ini, satu perkara yang tidak boleh terlepas dari perhatian perwakilan UMNO yang bakal membuat keputusan esok adalah tentang ketenangan dan keberanian yang ditunjukkan Zahid dalam berhadapan dengan “tekanan” ini.

Zahid tidak melatah, Zahid tidak melompat sebaliknya Zahid bertindak rasional dalam berhadapan dengan tindakan pembekuan tersebut.  Kalau ikutkan, mesti emosi terganggu ni, maklum sajalah, nak pemilihan ini pulaklah macam-macam perkara berlaku pun.

Begitupun, memandangkan Zahid sudah memangku jawatan Timbalan Presiden hampir 3 tahun, beliau tahu apa yang perlu dilakukan tanpa menganggu fokus beliau dalam menghadapi hari pemilihan yang semakin dekat.  Tahulah beliau apa yang nak dibuat, tak hairan kenapa di kalangan ahli-ahli UMNO, tak begitu risau sangat.

Ini semualah yang menguatkan lagi hujah kenapa Zahid perlu dipilih sebagai Presiden UMNO yang baru.

Pihak berkuasa yang berkenaan pun hanya menjalankan tugas mereka saja mengikut undang-undang negara – selalu pun macam tu (semasa BN memerintah) juga, tinggal lagi pada waktu itu, kalau menimpa parti-parti pembangkang ketika itu, cepat sahaja nak menuduh ada campur tangan politik dan sebagainya.  Berbanding dengan sekarang.

Apa pun, berdasarkan tindakan semalam, Zahid memang best lah.



One thought on “Akaun Dibeku, Hanya Zahid Berani Tunjuk Keberanian

  • June 30, 2018 at 1:16 am
    Permalink

    Kuli tak risau..
    Kalau menang.. tUrn pulangkan duit tu..
    Kj kalau memang, pun sama..
    Cuma kalau zahid menang duit tu tk akam di pulangkan dgn mudah..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *