Kenyataan media berkenaan akaun Umno dibekukan oleh SPRM

KENYATAAN MEDIA

1. UMNO akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM berhubung tindakan suruhanjaya itu membekukan akaun bank ibu pejabat UMNO dan akaun lain.

2. Sebagai Pemangku Presiden, saya berusaha membuktikan bahawa wang milik UMNO adalah sah dan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan pengubahan wang haram.



3. Selagi memimpin UMNO, saya akan menentang dan tidak akan membenarkan mana-mana pihak membuat ugutan dan melakukan diskriminasi terhadap UMNO.

4. Ugutan dan penderaan politik bukan cara untuk mentadbir negara oleh mana-mana kerajaan di sebuah negara demokrasi.

5. Saya berharap semua ahli UMNO akan bersama-sama saya untuk memastikan UMNO terus wujud dan menentang sebarang usaha melumpuhkannya.

6. Di bawah kepimpinan saya kelak, UMNO akan bangkit sebagai sebuah parti Melayu dan Bumiputera yang memperjuangkan kepentingan rakyat dan negara.



Ahmad Zahid Hamidi
Pemangku Presiden UMNO
Kuala Lumpur
28 Jun 2018

Fitnah pegawai menteri, kementerian ditahan SPRM, KKM buat laporan polis



Related Articles

One Comment

  1. Assalamualaikum..hari ini Jumaat Penghulu segala hari dan kita umat islam baru sahaja selesai menunaikan solat jumaat..kita ahli-ahli UMNO dikejutkan dengan tindakan SPRM membekukan AKAUN IBU PEJABAT UMNO..masyaAllah berbagai ujian yang diterima oleh UMNO..untuk sekian kalinya UMNO dimalukan lagi..di mana silap kita sebenarnya..dan esok (30/6/2018) pemilihan UMNO disemua peringkat..saya yang mewakili berjuta ahli memohon agar sesiapa yg bakal menerajui UMNO masa akan datang.. bersedialah untuk berubah dan meninggalkan apa sahaja faktur yang menyebabkan parti kita ditolak pada PRU 14 ( kita semua sedia maklum )..buka lembaran baru, idea baru dan tekad baru bagi mengembalikan maruah UMNO..Letakan kepentingan serta niat ikhlas di hati untuk berkhidmat kepada Agama, Bangsa dan Negara..ketepikan kepentingan peribadi dan ketamakan yang melampaui batas..hiandari rasuah sama ada dalam parti senndiri mahu pun kerajaan..insyaAllah UMNO akan kembali menerajui negara pada PRU 15..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker