Zahid Sahaja Calon Presiden UMNO Yg Berkempen Tanpa Menyalahkan Sesiapa

MENURUT rekod yang penulis ada setakat ini, hanya Datuk Seri Zahid Hamidi sahaja di kalangan calon Presiden UMNO yang berkempen tanpa perlu memburukkan sesiapa – pemimpin terdahulu, polisi UMNO atau mana-mana individu.

Boleh Google kenyataan Zahid atau posting dalam akaun media sosial beliau sepanjang kempen berjalan, ada kutuk sesiapa atau apa ke?  Mana ada!!

Zahid sebaliknya menegaskan perkara penting yang perlu dilakukan sekarang ialah mengukuhkan semula parti untuk berhadapan dengan entah apa yang akan berlaku dalam penggal baru.  UMNO perlu bangkit, itu mottonya.

Sana orang salah, orang atas dulu tak elok dan sebagainya, tak keluar dari mulut beliau.

Inilah yang dikatakan sebagai ciri-ciri pemimpin yang ada jatidiri tinggi, tidak langsung membuang masa mengukur siapa buat salah dan sebagainya untuk dijadikan bahan kempen kenapa dia perlu dipilih.  Dah lepas tu lepaslah, yang penting masa akan datang ni.

Negara kita tengah dalam masalah ni sebenarnya.  Pendapatan negara sahaja hilang berbillion bila GST diturunkan kepada 0% tanpa ada hasil gantian yang menyakinkan – setakat berharap pada turun naik harga minyak yang sebahagian besarnya telah digunakan untuk menampung subsidi yang semakin besar dari hari ke hari.

Tak sebut lagi semua janji pilihanraya yang dicapati.  Dulu kata kos sara hidup akan turun kalau semua janji, terutama 10 yang utama dilaksanakan dalam100 hari pertama, tapi bila tidak berlaku, maksudnya kos sara hidup tidak turunlah.  Itu yang pening bila ada Menteri kata harga barang yang turun, apa benda yang turun tu?  Tomato ke?

Yang penting, kepada siapa rakyat nak berharap untuk bawa semua isu ini ke tengah kalau bukan UMNO.  Itu sebab calon Presiden yang bakal dipilih nanti mesti ada ciri-ciri yang hebat, dan tidak kurang penting, bebas dari pengaruh pemimpin parti lawan – macam Zahid!!

Justeru, undilah Zahid Hamidi.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker