Anwar boleh komen, tapi bukan dalam kerajaan

Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh memberi sebarang komen tetapi beliau bukan dalam kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian dalam wawancara bersama Channel News Asia yang disiarkan semalam.

Dr. Mahathir memberitahu, sekiranya sesuatu perkara itu telah mencapai persetujuan Kabinet, kerajaan akan tetap dengan keputusan tersebut.

“Orang lain yang tidak berada dalam Kabinet boleh buat komen masing-masing. Mereka boleh kata apa yang mereka suka tetapi kami adalah kerajaan.

“Anwar seperti orang lain, beliau boleh beri komen, buat sebarang komen. Beliau tidak berada dalam kerajaan,” kata beliau.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai komen Anwar berkenaan polisi kerajaan termasuklah mencadangkan supaya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berhenti mendedahkan skandal-skandal kerana kenyataan beliau memberi impak kepada pasaran. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker