“Ular Lidi” Jumpa Zahid, Tak Jumpa Calon Presiden Lain Tau

CALON Presiden UMNO, Datuk Sri Zahid Hamidi mendedahkan disini bagaimana wakil dan pemimpin parti lawan kemudiannya berjumpa mahukan beliau membawa masuk UMNO ke dalam parti yang berkenaan.

Zahid bagaimanapun menolak pelawaan tersebut dan diantara komennya yang menarik untuk diulas ialah “lagipun berdasarkan kerusi yang kita ada, UMNO adalah ibarat ular sawa dan PPBM pula ibarat ular lidi. Takkanlah ular lidi pula yang mahu menelan ular sawa?,”.

Calang-calang orang boleh panggil parti lawan ular lidi tu.

Ada dua isu disitu, pertama bagaimana gabungan parti lawan yang dok ada sekarang ini saling tidak mempercayai antara satu sama lain sehingga UMNO nak dipelawa menyertai mereka dan kedua, bagaimana Zahid membuktikan beliau adalah pejuang parti dan tidak rela meihat UMNO dibubarkan demi nak menyertai parti lawan.

Walaupun kalau ikut dari segi untung rugi, lebih baik buat macam itu lagi {bubar UMNO sokong parti lawan).

Penulis lebih berminat untuk mengulas tentang ketegasan Zahid menolak perlawaan yang berkenaan dan dalam masa yang sama menyamakan parti lawan sebagai ular lidi. Sudah tentu bukan calang-calang orang boleh bercakap macam itu, memerlukan keberanian yang luar biasa hebatnya.

Melihat kepada latar belakang Zahid dan pengalaman jatuh bangunnya dalam politik, tidak pelik langsung.

Kalau nak dibandingkan dengan salah seorang calon Presiden tu, semua pasal parti lawan tu baik sebab depa bagi peruntukkan kepada wakil rakyat BN. Memanglah baik dia bagi peruntukkan (walaupun separuh lebih sedikit dari yang ahli parlimen mereka dapat) tapi lepas ni pembangunan di kawasan tu, buatlah sendiri. Duit dah bagikan?

Dulu memang kerajaan BN tak bagi duit pada wakil rakyat pembangkang tapi pembangunan di kawasan mereka, kerajaan BN jalankan.

Bagi peruntukkan ni sebenarnya strategi mereka untuk merampas kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Duit dah bagi, tapi kalau pembangunan tak sehebat mana, bolehlah buat propaganda untuk digantikan dengan orang mereka.

Related Articles

2 Comments

  1. Penulis lebih berminat untuk mengulas tentang ketegasan Zahid menolak perlawaan yang berkenaan dan dalam masa yang sama menyamakan parti lawan sebagai ular lidi. Sudah tentu bukan calang-calang orang boleh bercakap macam itu, memerlukan keberanian yang luar biasa hebatnya.

    Aku setuju dgn ‘keberanian yang luar biasa hebatnya’.
    Aku belum pernah jumpa lagi mana2 TPM / Pmg Timb Presiden dalam dunia ni yg berani kencing atas kepala penyokongnya sendiri (di mesyuarat perwakilan UMNO pulak tu). Dengan penuh bangga Zahid mendakwa kad pengenalan lama Dr Mahathir menunjukkan beliau bukanlah berketurunan Melayu kerana tertulis “Mahathir a/l Iskandar Kutty”. Dia rasa sebagai Menteri Dalam Negeri dia boleh cakap apa dia suka. Dia lupa Tun M bukan saja mantan PM Malaysia tetapi juga mantan Presiden UMNO lebih 20 tahun. Memang Zahid hebattt…

    Zahid ni bukan calang2 orang. Tapi jalang. Dia akan buat apa saja utk survival.

    1. sama lah macam Tun kutty…..bukan calang calang org….sapa tak setuju habis semua di angkut ke dalam….tak ada bukti dlm court tilam pun boleh di usung jadi bukti….lepas tu duit BNM habis buat main forex….dia boleh kata saya tak tau…
      semua kes yg berkaitan dgn diri sendiri dia kata tak tau….
      hanya otak bercelaru dan qalam qabut je percaya membabi buta apa Tun cakap…kena kencing sampai lenjun pun …percaya je lah…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker