Keretapi: Janganlah Negatif Sangat, “Kebetulan” Memang Boleh Berlaku

Share


RATA-RATA pengguna media sosial memberikan reaksi negatif mereka terhadap pendedahan/dakwaan syarikat kroni mempunyai kepentingan dalam syarikat yang terlibat dengan pembinaan sebuah projek keretapi usahama dengan China – dikatakan mengambil kesempatan dari harga saham yang jatuh susulan pendirian awal pentadbiran baru untuk mengkaji semula projek tersebut atas alasan kedaulatan dan hutang.

Perkara ini (reaksi negatif) tidak seharusnya berlaku kerana kita semua tahu, “kebetulan” memang berlaku dimana-mana dan dalam apa keadaan jua.

Kebetulan saja tu umum nak kaji semula projek (dengan persepsi umum akan dibatalkan) dan bila saham jatuh (pasaran saham bergantung kepada persepsi), syarikat kroni beli dan seterusnya menguasai syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan.  Tak lama lepas tu, diumumkan pula projek keretapi itu akan tetap diteruskan kali ini guna alasan kerajaan dulu sudah bayar sekian-sekian billion wang, “idea yang menarik” dan sebagainya.

Kebetulan saja, bukan apa-apa.

Tapi lupa agaknya, sebelum dan semasa PRU14, itulah pun projek yang dikatakan antara lain cubaan kerajaan BN untuk menjual kedaulatan selain membebankan rakyat dan negara dengan hutang – dakwaan yang diulang-ulang sehingga membawa kepada tumbangnya kerajaan BN dalam PRU14 yang lepas.

Datang mana pulak cerita tak boleh batal sebab kerajaan dah bayar sekian-sekian billion dan kalau dihentikan ia akan merugikan negara ni?  Bukan perkara luar biasa pun dalam perniagaan untuk rugi sikit bagi mengelak rugi yang lebih besar?  Apatah lagi dalam perkara yang melibatkan soal kedaulatan negara seperti ini?

Maka tak hairanlah sudah ramai dikalangan golongan uneducated di negara ini mula gelabah untuk menjustikasikan keadaan.  Manakan tidak, kalau dah diteruskan, maksudnya takdelah benar dakwaan yang kata projek ini menjual kedaulatan negara kan?  Soal kedaulatan negara ni mana boleh dibandingkan dengan wang kan – b-erapa billion pun lah nilainya.

Dah rasa macam tengok filem Nujum Pak Belalang la pulak.



One thought on “Keretapi: Janganlah Negatif Sangat, “Kebetulan” Memang Boleh Berlaku

  • June 30, 2018 at 1:27 am
    Permalink

    Penyokong bukan bodoh sgt…
    Cuma tanak fikir… janji rosmah tumbang..
    1mdb cerita dongeng pun tak per..
    matlamat hidup untuk 100 hari je.. lepas tu dah lupa semuanya..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *