Zahid Tokoh Terbaik Melawan Amalan Kronisme

LAMA dah rasanya rakyat tidak mendengar tentang amalan kronisme berlaku dalam di negara kita – sehingga baru-baru ini.

Semuanya bermula dengan dakwaan yang berlegar di media sosial bahawa pendirian awal pentadbiran baru untuk membatalkan satu projek mega kerjasama dengan kerajaan China kerana kononnya menjual kedaulatan negara dan membebankan rakyat dengan hutang, rupa-rupanya dikatakan bertujuan untuk memastikan saham syarikat yang terlibat dalam projek berkenaan jatuh supaya kroni boleh membeli pada harga murah.

Isu projek berkenaan bertujuan untuk menjual kedaulatan negara oleh pentadbiran terdahulu, turut digunakan secara meluas dalam kempen PRU14 yang lepas.

Dakwaan ini mungkin ada kebenaran disebaliknya kerana menurut laporan media ekonomi tempatan baru-baru ini, disebalik pendirian awal tadi, projek itu akhirnya tetap diteruskan.

Apa jadi dengan dakwaan projek ini menjual kedaulatan negara dan rakyat terbeban dengan hutang tinggi tadi yang begitu hebat diperkatakan dalam kempen PRU14 tadi? Hilang macam debu ditiup angin.

Macam mana boleh jadi begitu, padahal mula-mula kata nak jual kedaulatan negara? Faham sajalah, orang tua dah kata, manusia uneducated ramai sangat kat negara ini.

Begitu pun, UMNO, atas kapasitinya sekarang, perlu bersedia dengan seorang Presiden yang berani berhadapan dengan isu kronisme yang kembali menghantui rakyat di negara kita – jika apa yang diperkatakan di atas itu adalah benar. Bercakap tentang itu, sudah tentulah tiada tokoh yang lebih sesuai melainkan Datuk Seri Zahid Hamidi

Hanya beliau sahaja, semasa menjadi Ketua Pemuda UMNO pertengahan 90-an dahulu yang berani mendedahkan amalan kronisme dalam UMNO dan pentadbiran kerajaan pada ketika itu sewaktu berucap dalam mesyuarat Pemuda di PWTC. Tidak ada dalam sejarah mana-mana Ketua Pemuda UMNO sebelum atau selepasnya yang berani berbuat demikian.

Akibat dari kelantangan tersebut, Zahid pernah ditahan dibawah ISA, dipinggirkan tapi akhirnya berjaya bangkit semula. Dalam erti kata lain, Zahid ada rekod melawan amalan kronisme dan nepotisme ini jika ia betul-betul kembali dalam negara kita.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker