Nelayan: Zahid Perlu Menang Untuk Bantu Rakyat Merasa Ditindas

DATUK Seri Ahmad Zahid Hamid perlu menang jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan yang akan datang kerana hanya beliau sahaja yang dilihat mampu untuk membantu pelbagai lapisan rakyat yang merasa tertindas dibawah pentadbiran baru sekarang.

Sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri dalam pentadbiran BN sebelumnya, beliau dilihat paling berwibawa untuk membantu rakyat dalam menghadapi pelbagai bentuk masalah, dari kos sara hidup yang tidak turun, hingga kepada pelbagai bantuan rakyat yang dipotong.

Terbaru, difahamkan, bantuan sara hidup untuk golongan nelayan yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini pulak khabarnya akan dihentikan pentadbiran baru.  Bukan sekadar dihentikan, alasan disebalik pemberhentian tersebut adalah kerana bantuan itu dianggap ketuanya sebagai “salah guna dana kerajaan”!!

Entah fahaman mana dirujuk sehingga bantuan dari kerajaan untuk rakyat dianggap sebagai salah guna dana pulak?  Bantuan kerajaan untuk rakyat kot.

Apa pun, keputusan ini (jika benar) menjadikan golongan nelayan sebagai mangsa terbaru penindasan setelah dari ratusan hingga ribuan orang hilang pekerjaan atau berpotensi ke arah itu sebaik pentadbiran baru mengambil alih atas alasan kontrak, lantikan politik, agensi tidak relevan dan sebagainya.

Tak lama lepas PRU14 berakhir, sebahagian golongan pemandu teksi turut mendakwa menjadi mangsa penindasan bila ura-ura Pakatan akan menghapuskan sistem Grab yang diwar-warkan dengan begitu hebat sekali sewaktu kempen PRU14, tidak dilaksanakan setelah menang. Semakan kemudiannya mendapati, melainkan kenyataan satu orang, tidak tertulis dimana-mana dalam manifesto Pakatan untuk menghapuskan sistem Grab.

Bagaimanapun, perkara itu tidak menghalang kepercayaan ini disebarkan secara meluas oleh antaranya dikalangan kepimpinan dalam industri teksi sendiri sehingga memperdaya sebahagian besar golongan ini untuk memberikan undi kepada rejim baru, sama seperti kononnya harga minyak akan jadi RM 1.50/liter.

Selain dua golongan ini yang merasa kena tipu, banyak golongan masyarakat yang lain turut terkesan bila janji-janji bulan bintang pilihanraya tidak dilaksanakan atas pelbagai alasan, antaranya hutang cecah RM 1 trilion. 

Padahal cerita hutang negara konon RM 1 trillion ini sudah diketahui lebih awal, tak menghalang pulak pihak yang sama reka banyak janji, bila dah menang, guna alasan hutang yang sama untuk tidak laksanakan.

Guna alasan hutang RM 1 trillion untuk jatuhkan kerajaan sebelum pilihanraya, guna alasan hutang jumlah yang sama juga untuk tidak laksana janji pilihanraya. Uneducated sungguh.

Anyway, kenapa pulak bantuan kepada golongan seperti nelayan ini yang dihentikan, yang bagi subsidi minyak pada antara lain orang kaya tu, tak apa pulak? Sepatutnya itulah (bagi subsidi pada orang kaya) yang dikatakan salah guna dana kerajaan, bukan bagi bantuan kepada golongan yang memerlukan seperti golongan nelayan ini.

2 thoughts on “Nelayan: Zahid Perlu Menang Untuk Bantu Rakyat Merasa Ditindas

  • June 23, 2018 at 6:54 pm
    Permalink

    Moga DSAZH beroleh kemenangan dlm pemilihan nanti

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *