Alasan Ekonomi Tak Tunai Janji, Macam Mudah Sangat

RAKYAT yang mengundi parti lawan dalam PRU14 yang lepas dah ada merasa kena tipu bila janji-janji bulan bintang yang ditabur sepanjang kempen PRU itu, haram satu pun tidak dilaksanakan (setakat ini) – termasuk 10 yang utama dalam 100 hari.  GST sifar?  GST sifar bukan janji, hapus GST, itu baru janji.

Hari ini kita dengar alasan kena tunggu ekonomi kukuh baru nak laksana janji – ini macam nampak mudah sangat, seolah baru tahu ekonomi negara macam mana.

Padahal bertahun-tahun dah kita dengar dakwaan parti lawan tentang ekonomi tak baik, hutang tinggi dan sebagainya ni.  Tapi itu semua tidak menghalang mereka untuk terus menawarkan janji macam-macam kepada rakyat dalam manifesto mereka dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kerana kononnya boleh menurunkan kos sara hidup.

Bila dah ambil alih pentadbiran negara, buat-buat terkejut pulak ekonomi teruk, hutang banyak dan sebagainya ke?

Soal betul ke tidak (ekonomi teruk) tu letak tepi dulu, isunya sekarang, ikut kepercayaan mereka sendiri, puak-puak ini dah tahu dah dari dulu pun kedudukan hutang negara macam mana, tapi itu nampaknya tak menghalang janji bulan bintang dari ditabur kepada rakyat.  Dalam erti kata lain, manifesto pilihanraya tu dirangka dengan mengetahui “hutang negara tinggi” dan “ekonomi tidak baik”.

Kenapa bila dah berkuasa, itu kena potong, ini kena potong, itu kena tangguh, ini kena tangguh pulak?  Itu persoalannya.

Ramai yakin, kalau BN terus memerintah, semua ini tidak akan berlaku.  Apa yang dijanji akan terus dilaksana, kita dah tengok dah tahun lepas macam mana.   Takde masalah pun hutang tinggi ke, ekonomi teruk ke malah data-data ekonomi kita disokong oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Moody’s, bukan cakap sorang-sorang depan tiang.

Ini semua bagaimanapun untuk rakyat menilailah.  Nampak gayanya tak turunlah kos sara hidup pun sebab tak nampak apa pun yang berubah lagi – melainkan GST 0%lah.  Itupun tak ada bukti menurunkan harga barang yang ketara melainkan harga kereta.

Tapi bukan beli kereta hari-hari pun kan?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker