Awani dan Mahathir Membodohkan Rakyat

Media seharusnya menjadi medium mendidik, bukan merendahkan akal rakyat.

Kesimpulan kepada video Awani ini, pinjaman kepada Jepun kononnya akan mengurangkan hutang kerajaan. Katanya kerajaan sekarang berhutang RM1 trilion dengan kadar faedah 6-7.5%. Maka bunganya sahaja RM60 bilion. Jika Jepun memberi pinjaman dengan kadar faedah 1%, maka bunganya hanya RM10 bilion. Jimat RM50 bilion.

Oh sedapnya mengira.

Pertama sekali, biarlah saya sebut betapa tak cerdiknya tuan yang buat kira kira matematik ini.

Secara teorinya, penjimatan dengan jumlah sebesar itu hanya boleh berlaku jika sekiranya Jepun meminjamkan RM1 trilion kepada kita. Mana Jepun nak cari duit banyak tu tuan tuan nak bagi kat kita? Realistik lah. Hutang mereka pun hampir RM 40 trilion. Ketika ekonomi Korea diambang kemusnahan tahun 1997 pun, mereka hanya diberi pinjaman USD21b (RM80b) oleh IMF.

24 tahun lalu, Jepun cuma bagi pinjaman 50.3bilion yen (RM1.17b) bagi membantu pembinaan KLIA. Kut mana nak bagi pinjam sampai 1 trilion?

Dan lagi, pinjaman hutang luar di dalam matawang asing hanya boleh dibuat pada kadar maksimum RM35 bilion pada satu satu masa. Sila rujuk Akta Pinjaman Luar Negeri 1963.

Setakat ini, pinjaman luar kerajaan di dalam matawang asing adalah sekitar RM20bilion. Paling tinggi kita boleh terima pinjaman Yen Jepun adalah RM15 bilion.

Kut mana nak jimat sampai RM50 bilion Astro AWANI?

Seterusnya, memukulrata pinjaman kerajaan berkadar faedah 6 hingga 7.5% adalah jahat. Pinjaman paling kontroversi kerajaan adalah daripada kerajaan China melalui Exim Bank yang mana kadar faedahnya adalah 3.25% (Pembinaan ECRL). Ia cuma tinggi sedikit berbanding pinjaman Jepun untuk pembinaan KLIA (3%).

Kadar faedah paling tinggi (yang saya tahu) dibuat oleh kerajaan Malaysia kepada negara luar adalah pinjaman kepada kerajaan Perancis bagi pembinaan Stesen Janakuasa Paka pada tahun 1983. Kadar faedahnya adalah 10.6%.

“”””Najib adalah Perdana Menteri pada tahun 1983″”””

Cukuplah projek membodohkan rakyat ini. BERSIKAP ADILLAH kepada KAWAN dan MUSUH.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker