Malaysia Bakal Dijajah Jepun

oleh Ab Jalil Backer

Jepun dan China bergaduh sejak beratus tahun lalu. Apabila Malaysia berbaik dengan China, Jepun memang tidak puas hati. Apabila kerajaan BN jatuh, Mahathir jadi Perdana Menteri, Jepun tentu sangat gembira.

Jepun memang suka Mahathir kerana ia satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang taksub dengan Jepun. Dulu berapa banyak kerajaan Malaysia “bantu” Mitsubishi melalui Proton.

Tidak mustahil Jepun akan luluskan permohonan Mahathir pinjaman dalam Yen dengan kadar faedah rendah.

Semasa BN,Lebih satu pertiga daripada jumlah hutang luar negeri dalam denominasi ringgit (34.3 peratus), manakala selebihnya dalam pelbagai matawang asing.

Kepelbagaian ini membolehkan keadaan ekonomi negara stabil.

Namun apabila Malaysia hutang Jepun 1Trillion dalam matawang Yen, ia menyebabkan ekonomi negara bergantung kepada Yen sepenuhnya.

Bank Negara Malaysia terpaksa mempunyai rizab Yen yang banyak untuk membayar hutang. Ini akan menyebabkan nilai Yen meningkat mendadak.

Ia juga menyebabkan kebergantungan kerajaan terhadap Yen Jepun. Apa-apa terjadi kepada Jepun akan menyebabkan Malaysia turut terjejas.

Ini baru penjajahan baharu. Jepun bakal menjajah Malaysia kali kedua dengan pinjaman 1 Trillion ringgit dalam matawang Yen.

Nota Kaki:

Saya difahamkan ini adalah gambar Mr Tanaka (pegawai kedutaan Jepun di Malaysia) yang kononnya bersama rakyat Malaysia menyumbang untuk membayar hutang negara ini.

Jika pegawai rendah ini mampu menderma 10 ribu, bayangkan berapa yang mungkin kedutaan Jepun belanja untuk menjatuhkan kerajaan lalu.

Untuk Mr Tanaka elok anda derma kepada negara kamu yang hutang lebih dahsyat dari Malaysia. Berhenti menjadi hipokrit.

Related Articles

One Comment

  1. Tm adalah pengkhianat Malaysia.says malu jadi rakyat Malaysia.Malaysia sudah rosak olem m.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker